#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Putaran Jahiliah

Jahil dari segi bahasa bermaksud tidak tahu. Tetapi dari segi penggunaan perkataan ini dalam masyarakat kita ialah orang yang tidak tahu ilmu agama. Jahiliah pula merujuk kepada zaman kegelapan iaitu zaman sebelum kedatangan nabi Muhamad S.A.W bersama wahyu yang diturunkan kepadanya.
Persoalan sekarang adakah zaman jahiliah masih wujud. Bagaimanakah ciri-ciri orang jahil? Adakah orang yang dikatakan alim melakukan perbuatan yang dilakukan oleh orang jahil dilabel sebagai jahil?
Pada zaman ini banyaknya berlaku amalan jahiliah. Cerita-cerita khurafat berleluasa meresapi pemikiran masyarakat. Perbuatan-perbuatan syirik dijadikan kuasa untuk menganiya orang. Pekerjaan-pekerjaan haram dijadikan punca rezeki
Peristiwa-pertiwa tersebut mengingatkan kembali kepada perjuangan Sheikh Mohamad Abdul Wahab yang memerangi perbuatan-perbuatan khurafata yang berlaku pada zaman baliau. Tetapi malangnya perjuangan yang telus berlandaskan syariat dan aqidah tulen disalahertikan dan diselewengi oleh golongan yang tak bertanggungjawab.
Peranan media massa yang selalu mengupas isu khurafat, menyiarkan cerita yang berunsur tahyul memberi impak yang negative kepada masyarakat. Yang paling menyedihkan ialah, kita dikejutklan dengan perbuatan orang yang dikatakan alim meletakkan kalungan bunga di tugu Negara. Perbuatan ini sangat bercanggah dengan syariat islam. Malah melanggar fatwa para mufti.
Jadi peranan kita membanteras perbuatan-perbuatan ini. Alangkah eloknya jika para pemimpin membantu golongan ulama dalam membersihkan amalam-amalan ini dari masyarakat. Bukannya menjadi pelopor melakukan amalam ini.

Jumaat,
10 Ogos 2007
Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
Previous
Next Post »