#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Jasa Bonda ~ sempena hari ibu

2 April 1994 merupakan tarikh yang amat mendukakan beliau. Setelah kematian ayahanda, beliau sekali lagi diuji dengan kematian suaminya yang tercinta. Detik itu amat sukar sekali, kerana anak-anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya masih lagi kecil. Lima orang putera dan puteti tunggal beliau tersentak dengan kehilangan ayahanda mereka. Putera bongsu beliau belum lagi mengerti tentang kematian.

Berbekalkan ketabahan dan kecekalan, ibu tunggal itu terus melangkah menuju ke hadapan sambil menatang amanah yang ditinggalkan oleh suaminya. Walaupun perit dan getir dugaan yang dihadapi, beliau akur dengan tentuan ilahi. Sepanjang tempoh yang mendukakan itu, banyak masalah yang timbul. Kadang-kala beliau rasa tak mampu menanggung beban tersebut, tetapi bila memikirkan masa depan putera dan puterinya, beliau seolah mendapat kekuatan yang baru.

Berkat kesabaran dan ketabahan beliau, kini anak-anak sudah berjaya. Putera sulung merupakan seorangpegawai tadbir diplomatik. Putera ke-2 akan menyambungkan pengajian ke peringkat doktor falsafah. Manakala putera ke-3 merupakan pegawai MARDI. Puteri tunggal kini berada di tahun ke 2 di UKM.
Malang sekali bagi putera bongsu beliau, gagal untuk mengesat keringat bonda dengan keputusan SPM, dia akan melanjutkan pengajian ke Matrikulasi pada bulan Jun ini.

Kuukir namamu bonda, di bumbung buana ini,
Supaya manusia jagat menyanjungi pengorbananmu
Setitis keringatmu yang mengalir di bumi
Membentuk sebuah kolam di syurga hidupku

Lirik Lagu Jasa Bonda

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta di balas

Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

(ulang 2 )
leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati

beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang

(ulang 1)
engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka

sedang dia semakin tua
membilang usia

di saat kau berjaya
dia tiada berdaya

semoga kau tak lupa
jasa bonda
Previous
Next Post »