#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Fiqh Awlawiyaat

Dalam kehidupan seharian, kita sering berdepan dengan pelbagai perkara yang perlu diuruskan dengan baik dan pantas. Kadangkala, banayak perkara yang perlu diselesaikan. Jadi apakah tindakan drastik lagi efisyen yang perlu kita laksanakan? Adakah kita bijak dalam menangani sesuatu perkara? Ini memerlukan kita berfikir perkara apa yang lebih penting, yang perlu diutamakan.

Contoh, bagi seseorang yang berada sentiasa mengerjakan ibadah umrah setiap tahun. Alangkah lebih baik jika wang yang digunakan untuk mengerjakan umrah itu, dimanfaatkan untuk sesuatu yang lebih penting, lebih utama, seperti menginfakkan wang kepada para pejuang islam yang sedang menghadapi kekejaman kuffar laknatullah, ataupun kepada pertubuhan islam yang menangkis serangan kristianisasi di Indonesia.

Dr Yusof Qardhawi menyarankan, supaya dahulukan perkara yang lebih utama, lebih penting dari perkara yang kurang penting. Di Negara kita, banyak masjid baru dibina, tentu sahaja menelan kos yang tinggi, tetapi malang sekali bilangan jemaahnya mengecewakan, lebih baik wang itu didermakan kepada fakir miskin di seluruh Negara.

Bagi pemerintah, perlulah bijak menguruskan wang rakyat supaya tidak berlaku pembaziran. Wang yang digunakan untuk pembangunan Negara mestilah digunakan secara sekata, supaya tidak berlaku penyelewengan.
Previous
Next Post »