#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Fityah Qiadah Course 07

Pada 1,2 dan 3 Mac 2007, Badan Kepimpinan dan Tarbiah Islamiah ( BAKTI ), Maahad Muhammadi Rantau Panjang telah menganjurkan Fityah Qiadah Course ( FOCUS ). Matlamat program ini diadakan adalah untuk membina sahsiah yang unggul dalam kalangan pelajar. Program ini disasarkan kepada 100 orang pelajar ( MMRP ) dan pelajar sekolah agama sekitar. Pelbagai pengisian dirangka bagi memastikan program ini berjaya mencapai matlamat utama. Antaranya ialah, sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang terkenal di sekitar Kota Bahru. Bengkel yang bertemakan kepimpinan dijadikan platform untuk peserta menonjolakan bakat kepimpinan mereka.

Seperti mana-mana program kepimpinan, slot khusus telah dirancang bagi memantapkan fizikal dan mental peserta. Acara pada malam itu telah berjalan seperti apa yang dirancang. Cuma ada sedikit masalah yang timbul. Beberapa orang peserta pengsan dan mengalami masalah kesihatan. Bagi pihak ajk pula, kepuasan jelas terpancar pada wajah masing-masing.
Aku pelik mengapa setiap kali program aku dilantik sebagai ajk unit pengisian. Jiwa aku memberontak untuk menjadi ajk unit disiplin. Walaupun dalam program aku dilantik sebagai ajk pengisian tapi dalam masa yang sama aku menjelmakan diriku sebagai ajk disiplin. Sampaikan ada beberapa orang peserta muslimin menangis ‘dikerjakan’ aku. Rasa bersalah juga. Tapi itu lumrah program. Nak buat macam mana. Dah nasib badan.
Selepas program ini berakhir. Ada desas-desusu yang mengatakan, beberapa orang pelajar berjanji tidak akan sertai lagi program sedemikian kelak.
Semasa post-mortem ada sedikit salah faham antara ajk muslimin dan ajk muslimat. Memang perkara ini susah untuk dibendung. Tak tau la yang mana salah, ajk muslimin ataupun muslimat. Ataupun sama-sama bersalah kerana tidak mampu untuk amalkan ukhwah islamiah.

Ironinya, matalamat untuk memupuk ukhwah dalam kalangan pelajar tidak berjaya sekiranya pihak jawatankuasa sendiri belum lagi mengamalkan konsep ukhwah islamiah.



p/s: klu sape2 nk buat program, pastikan dahulu konsep ukhwah telah diamalkan.
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Tue Apr 24, 07:52:00 AM delete

salam...rupanye. ada org yg xpueh ati ngn artikel FOCUS
ambo mtk maaf byk la

Reply
avatar