#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Pesanan buat sahabat-sahabat ke Darul Quran

Alhamdulillah keputusan calon yang layak untuk mengikuti Program Persijilan Darul Quran telah diketahui. Sekalung tahniah buat kalian semua. Terutama kepada calon-calon dari Maahad Muhammadi (Lelaki). Bukan sesuatu yang mudah untuk ke Darul Quran. Kerana sebelum ini daku bersama-sama kalian mengharungi kesulitan, kedukaan, keperitan dan makian.

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, kalian semua adalah safful mukhtarah yang dipilih Allah untuk menghafal kalam Allah yang agung ini. Abadikan usaha kita bersama dahulu sebagai monumen agung yang tak bisa kita lupakan. Keringat perjuang dahulu masih terlekat pada jasadku.

Jadi gunakanlah peluang yang tersedia ini membersihkan calitan hitam dahulu dengan kejayaan kalian semua. Daku yakin kalian bisa lakukan. Insya Allah. Allah turunkan mukjizat yang agung ini bukanlah sekadar untuk dihafal dan dibaca, tetapi untuk dihayati, dan berfikir seterusnya untuk mendekatkan diri kepada Yang Esa. Supaya menjadi Generasi Ulul Albab.
.
Wahai sahabat, daku memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat meneruskan perjuangan kita ini. Mungkin impian daku telah menjadi puing-puing yang berterbangan di pawana. Mungkin rezeki daku tidak ada di sana tapi Insya Allah rezeki daku telah tersedia di tempat lain. Kerana rezeki Allah itu amat luas dan kita tidak menyangka dari mana datangnya rezeki Allah.

Wahai sahabat, titik-titik nestapa masih lagi kuat melekat di hati. Daku tak bisa untuk menanggalkannya. Daku tak tahu mengapa, mungkin kerana impian untuk menjadi Al-Huffaz ini ditanam semasa daku masih kecil lagi.

Tapi tak mengapa!!! Sebenarnya daku ada kalian semua. Kalianlah yang dapat meneruskan impian daku ini. Percayalah kalian boleh lakukan yang terbaik. Berjanjilah dengan daku. Bersihkanlah kotoran dicalit dulu dengan kejayaan kalian semua. Kalian mestilah meneruskan generasi kepimpinan maahad di sana. Dan bersama-sama merealisasikan Maahad An-Namuzaji.

ku coretkan rintihan ini buat sahabat-sahabtku...

Kasih Seorang Sahabat

Kasih seorang sahabat seputih salji,
Kakangkala,
Titik-titik mazmumah tercalit gelapnya

Kasih seorang sahabat seharum kasturi,
Kadangkala,
Bauan yang memeritkan menusuk mencerut sanubari

Kasih seorang sahabat seindah pawana
Kadangkala,
Badai melanda mengusutkan jiwa

Kasih seorang sahabat adalah merdu
Kadangkala,
Diusik bisikan syaitan yang menyesatkan

Kasih seorang sahabat semekar mawar
Kadangkala,
Layu disirami pilu dan nestapa

Kasih seorang sahabat setenang air di lautan
Kadangkala,
Ombak menghempas menggoyahkan ikatan

Kasih seorang sahabat andai sirna
Maka hancurlah ikatan insan

Ar-Rasyadan Al-Haqqi
09 Januari 2007
Hak cipta terpelihara ®
Previous
Next Post »