#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Kem Anak Soleh 2006


“ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, “ Anak-anak kecil adalah seperti kain putih, maka tugas ibu bapa yang mencorakkannya”. Cukup jelas di sini peranan ibu bapa dalam institusi keluarga mendidik anak-anak supaya menjadi produk islam yang baik dan menurut piawaian islam. Tidak wajar bagi ibu bapa yang berstatus islam mengabaikan peranan tersebut, sedangkan mereka sudah maklum akan tanggungjawab tersebut.
Oleh itu ada pelbagai pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif dalam membentuk produk islam yang berkualiti ini. Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (AMAL) tidak melepaskan peluang dalam memcorak kain putih tersebut.
Pada 23-25 Disember 2006, AMAL telah menganjurkan satu program yang dinamakan Kem Anak Soleh 2006 ( KEMAS ’06 ). Kem ini disasarkan kepada kanak-kanak yang masih bersekolah rendah kerana pada usia sebegini kanak-kanak masih lagi jauh dari dosa dan
maksiat. Jadi mudahlah untuk mereka menerima ilmu dan tunjuk ajar. Walaupun pelbagai kerenah kanak-kanak kecil yang terpaksa dihadapi oleh pihak penganjur dalam menjayakan KEMAS, tetapi dengan berbekalkan dengan kesabaran dan keikhlasan KEMAS dianggap telah berjaya mencapai matlamat, malah ramai ibu bapa memberi respon yang positif.
Antara aktiviti yang terdapat dalam KEMAS ialah Kelas Fardhu Ain. Kelas Iqra’ , usrah, Cermah, Tayangan Video beruinsur Islam, Riadah bermodul dan sebagainya.
Majlis penutup KEMAS telah disempurnakan oleh ADUN Pasir Tumboh, dan beliau juga menggalakkan program seumpama ini kerap diadakan oleh mana-mana pihak supaya tunas islam ini mampu menjadi dahan yang ampuh serta dapat memperjuangkan islam.
www.amal-maahad.net
gambar pas nie coz lupe nak upload
Previous
Next Post »