#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Andai kenangan zaman persekolahan direndam dalam cloroc pasti takkan luntur.......


Setelah 17 tahun memakai baju seragam sekolah, barulah timbul perasaan sayang dan rindu terhadap zaman persekolahan. Mungkin dulu perasaan ini belum kecapi kerana terlalu ghairah untuk menempuh alam dewasa. Alam yang lebih bebas dari kongkongan dari mana-mana pihak. Mungkin tersilap. Zaman persekolah adalah satu zaman yang cukup indah. Kerana terlalu banyak kenangan bersama rakan-rakan ‘hingusan’. Mungkin bagi sesetangah manusia, zaman ini adalah zaman yang memeritkan dan semua kepahitan lahir dari zaman ini, itu dari persepsi negatif mereka. Bagi yang lebih optimis , zaman ini merupakan platform untuk menuju ke zaman yang global. Kerana jiwa manusia masih lagi lemah dan memerlukan persediaan yang rapi sebelum menempuh zaman yang lebih mencabar.
Bagi pelajar lepasan spm, sesetengah dari mereka ghairah untuk mencari pekerjaan sama ada untuk menampung keluarga, sebagai bekalan untuk melanjutkan pelajarn ataupun sekadar untuk berseronok. Biarlah masa yang singkat ini diisi dengan menyertai program ataupun menuntut ilmu. Sebenarnya menuntut ilmu mestilah sepanjang hayat kita, tetapi kadang kala manusia terlepas pandang. Kerana beralasan kesuntukan masa dan sibuk dengan urusan pekerjaan.
Bagi sesetangah sekolah, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pengurusan organisasi dan kepimpinan. Supaya pelajar tidak berasa kekok apabila berada di institusi-institusi pengajian tinggi mahupun untuk apabila berhadapan dengan masyarakat luar. Contoh yang boleh diambil ialah bagi Maahad Muhammadi (Lelaki), Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Pelajar-pelajar telah didedahklan dengan pelbagai latihan dan penerangan tentang kepimpinan dan pengurusan bermula dari tingkatn satu sehingga tamat pengajian di maahad tersebut. Bagi pelajar maahad tersebut mereka tidak rasa terbeban dengan tugasan apabila menuntut di IPTA/S kerana kepimpinan dan pengurusan organisasi telah dianggap sebagai silibus mereka. Maka ramai pelajar lepasan dari maahad tersebut yang berjaya menjadi pemimpin sama ada pemimpin sebuah kerajaan, pertubuhan atau di IPTA/S. Contohnya pemimpin yang amat dikagumi rakyat dan pemimpin dari negara lain iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan Darul Naim adalah lepasan dari maahad tersebut.
Pendedahan yang diberi semasa persekolahan telah menimbulkan kesedaran kepada pelajar lepasan maahad tersebut untuk menubuhkan alumni. Alumni tersebut dikenali dengan Persatuan Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (AMAL), yang menggabungkan Maahad Muhammadi (L), Maahad Muhammadi (P) dan Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan di bawah satu organisasi. Persatuan ini ditubuhkan untuk menyatukan pelajar-pelajar lepasan dari maahad ketiga-tiga maahad tersebut khususnya dan menyatukan umat islam amnya. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan untuk memeberi kefahaman dan memantapkan jiwa pelajar lepasan maahad sebelum menghadapi kejutan budaya dan cabaran apabila dalam skop pergaulan yang lebih luas. Persatuan Alumni ini boleh dilawati http://www.amal-maahad.net/

Photobucket - Video and Image Hosting
Melalui penerapan kepimpinan berasaskan keimanan, akan melahirkan pemimpin yang adil dan merupakan pendukung harakah islamiah. Ini dapat mengelak dari lahirnya pemimpin yang akan membinasakan harakah islamiah. Sabda Nabi “ Dua jenis manusia, bila dua jenis ini baik maka baiklah manusia sekalian. Jika dua jenis ini buruk maka semua manusia jadi buruk, iaitu umara’(pemimpin) dan ulama’” . Dan sedarilah bahawa tangan manusia sangat berkuasa, jadi gunakanlah tangan itu untuk tegakkan kebenaran dan janganlah sesekali kamu mengangkat orang yang kufur sebagai pemimpin kamu.
Artikel ini bukanlah dihasilkan untuk mengampu mana-mana pihak ataupun untuk mencari publisiti murahan. Artikel ini lahir dari insan yang telah merasai isi-isi kandungan artikel tersebut. Lahirnya artikel ini berteraskan pengalaman dan kesyukuran. Dari insan ini Ar-Rasyadan Al-Haqqi mrasyadan@yahoo.com
Previous
Next Post »