#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Ramadhan Datang lagi... Tanya Iman

Kedatangan Ramadan al-mubarak membawa erti yang besar pada diri seseorang yang beriman. Kerana datangnya Ramadan membawa keberkatan dan keampunan, sudah pastilah bagi orang yang beriman Ramadan adalah bulan yang patut mereka berjihad. Jihad yang dimaksudkan ialah berjihad dari konteks umum. Bagi seorang peniaga yang beriman, pada penghulu segala bulan inilah mereka perlu berusaha keras untuk mencari nafkah dan pada masa sama meningkatkan amal ibadat. Bagi konteks pelajar, jihad tidak semestinya pergi berjuang ataupun pergi berdakwah ke sesuatu tempat. Tetapi jihad boleh dilakukan dengan belajar bersungguh-sungguh dengan niat untuk memartabatkan agama islam.

Puasa adalah ibadat yang mana mungkin kita dapat menjadi takabbur. Kerana puasa adalah ibadat yang mungkin tidak dapat dilihat atau disedari oleh orang lain. Puasa berbeza dengan ibadat lain, kerana ibadat lain boleh disaksikan oleh masyarakat sekitar kita, seperti ibadat solat, zakat, sedekah dan sebagainya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman, telah ditetapkan ke atas kamu berpuasa seperti yang telah ditetapkan oleh orang-orang sebelum kamu ‘supaya’ kamu bertaqwa” -ayat 183
Pada ayat ini, Allah tidak tujukan ayat ini kepada semua manusia. Kenapa? Kerana ibadat puasa adalah ibadat yang akan dilakukan oleh orang yang beriman sahaja dengan keikhlasan. Ibadat puasa akan diberi ganjaran oleh allah sendiri tidak seperti ibadat-ibadat lain.

Pada ayat tersebut, terdapat kalimah ‘laallakum maksudnya supaya/mudah-mudahan / semoga’ iaitu kalimah ‘tarajji’. Mengikut kaedah bahasa arab, mana-mana ayat yang mengandungi kalimah tarajji ialah ayat insya’i. Jika ayat tarajji digunakan oleh manusia ia membawa erti mudah-mudahan/semoga/supaya tetapi bagi Allah ayat ini membawa erti pastilah. Pastilah kamu bertaqwa.

Puasa berkait rapat dengan aqidah kita. Seperti sabda Rasulullah “ Sesiapa yang mendirikan ramadan dengan penuh keimanan dan penuh keikhlasan, maka diampunkan baginya dosa-dosa mereka”. Cukup jelas di sini, hanya orang-orang yang beriman atau yang kuat aqidahnya sahaja dapat mendirikan Ramadan dengan apa yang dinyatakan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Bagi orang yang berpuasa, ia mempunyai pelbagai tahap kualiti puasa mereka. Secara ringkasnya ialah terdapat tiga tahap iaitu, pertama puasa orang awam, kedua puasa khusus dan ketiga puasa khususil khusus.
Dan jadikanlah bulan Ramadan sebagai platform kita untuk meningkatkan amal ibadat kita untuk menghadapi hari-hari yang gawat ( Hari Qiamat )

Secebis ilmu untuk dikongsi dari Ar-Rasyadan Al-Haqqi.
Jika terdapat kekurangan atau kesilapan dalam huraian tersebut harap diperbetulkan. Segala yang baik datang daripada Allah, dan yang kurang datang dari kelemahan diri ana ini. Pada hakikatnya kedua-duanya daripada Allah yang disandarkan kepada hambanya yang daif ini. Wassalam
Previous
Next Post »