#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Puasa dari sudut kosinus pandangan artis

Puasa dari segi bahsa ialah menahan diri. Manakala dari segi istilah ialah menahan diri dari makan dan minum serta perbutan yang boleh membatalkan puasa dari terbit hingga terbenam matahari. Cukup jelas bahwa puasa bukan sahaja mengikat perut pada waktu siang malah kita juga mesti bepuasa dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Jika ditanya apa pengertian puasa kepada beberapa golongan, mesti jawapan yang diberikan sangat berbeza. Contohnya kepda golongan berilmu, pelajar sekolah dan masyarakat umum. Kalau ditanya kepada golongan diva atau superstar Malaysia ( artis kita….rambut yang dah karat) jawapan mereka boleh tahan. Contoh jawapan yang diberi oleh mereka ketika ditanya apakah persediaan untuk bulan ramadhan, ada sorang tu kata “ Nak tambahkan lagi ibadat pada bulan puasa”, “ Nak mengurangkan aktiviti seni”, “Nak banyak makan” dan macam-macam lagi. Rasa bangga tak dengan jawapan yang diberi oleh mereka?
Berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh mereka, mereka menganggap pada bulan puasa sahaja kegiatan seni kena stop, tapi pada bulan lain boleh. Pendapat mereka ini menjerumus kepada sekularisme. Betul ke?. Pada bulan lain (selain bulan ramadhan), masyaallah, berlakon, menyanyi dan sebagainya sampai tak kenal halal haram. Pakaian dedah sana sini, peluk sana peluk sini. Bila orang tegur mula nak melenting. Kubur masing-masing, jangan menyibuk. Pastu kata masyarakat tak memahami perasaan artis. Pastu pulak, kata kegiatan seni bukannya haram macam menagih dadah (tapi ada jugak yang main benda tu). Bila mufti, ulama tegur mulalah kata “ kita orang cari rezeki yang halal, nak bagi sesuap nasi untuk keluarga. Memanglah kalau dari segi lahiriah berlakon/ menyanyi itu halal kalau berlandaskan syarak. Tapi yang tak eloknya ialah perlakuan, pakaian mereka masa berlakon.
Muda-mudi mudah terpengaruh dengan mereka. Ini lah “Malaysian Idol”. Bila buat sekatan untuk membuat persembahan, mulalah kerajaan (kelantan) mengongkong kegiatan artis. Mana taknya, masa berlakon/menyanyi boleh tercabut ketayap orang lelaki, yang perempuan pula sampai hysteria kalau dapat tengok wajah-wajah artis pujaan mereka. Dahsyat sungguh.
Ramadhan ialah bulan yang sangat mulia ( lebih dari seribu bulan ). Hormatlah pada bulan ini, tetapi jangan salah tafsirkan bahawa pada bulan ramadhan boleh buat aktiviti yang tak elok tapi pada bulan lain, boleh buat sikit-sikit.
Previous
Next Post »