Orang Rohingya adalah etnik Muslim yang tinggal di utara negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dulunya dikenal sebagai Arakan) Putrajaya.
Arakan pernah menjadi Kesultanan Islam pada abad ke-7 selama 350 tahun sehinggalah ia dijajah pada tahun 1784 dan ia pernah jadi pusat tamadun Islam di Nusantara pada masa itu.
Ketika itu, Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang berpengaruh pernah menjadi setiausaha politik dalam kerajaan U Nu (kerajaan Burma ketika itu) dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Selepas itu, nama Arakan ditukar kepada Rakhine.
Latar Belakang Pengkhianatan Terhadap Rohingya
Pertempuran antara majoriti penganut Buddha Rakhine dan minoriti Rohingya Muslim selalu berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Rohingya adalah salah satu minoriti di dunia yang paling teruk ditindas. Elaine Pearson, Timbalan Pengarah bahagian hak asasi manusia Watch Asia telah berkata, “ Sudah bertahun-tahun berlaku diskriminasi, penyalahgunaan dan pengabaian terhadap Rohingya dan ia akan meletup pada satu masa nanti, dan itulah apa yang kita lihat sekarang”. Bahkan, yang lebih menyedihkan kerajaan Burma telah mengklasifikasikan Rohingya sebagai ‘pendatang’ kepada Myanmar dan dengan itu tidak layak untuk menjadi warganegara Myanmar.
Plot Cerita Luka Rohingya
28 Mei : Seorang wanita Rakhine, Thida Htwe, berumur 28 tahun dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki Rakhine berhampiran kampung Maw Kyaut Ne dan kejadian itu disaksikan oleh dua orang Rohingya.
Lelaki itu menyerah diri dan menyatakan dia bersubahat dengan 2 orang Rohingya itu, lalu polis menahan tiga suspek dan menghantar mereka ke penjara bandar Yanbyal. Perogol itu telah membunuh dirinya dalam lokap.
4 Jun : Perusuh dari etnik Rakhine menyerang bas di Taungup, tersilap mempercayai bahawa mereka yang bertanggungjawab untuk pembunuhan itu. Sedangkan yang berada di dalam bas ialah jemaah tabligh. Kerajaan bertindak dengan melantik seorang menteri dan ketua polis untuk mengetuai jawatankuasa penyiasatan.
10 Jun : Keadaan darurat telah diisytiharkan di seluruh Rakhine.
15-28 Jun : Tun Khin, Presiden Pertubuhan Burma Rohingya UK (BROUK), telah menyatakan bahawa pada 28 Jun, 650 Rohingya telah dibunuh, 1200 telah hilang dan lebih 80,000 telah dihalau.
Tentera Burma dan polis telah dituduh memainkan peranan utama dalam kezaliman terhadap Rohingya melalui tangkapan besar-besaran dan keganasan yang sewenang-wenangnya.
Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh juga mendakwa bahawa tentera Burma dan polis menembak kumpulan penduduk kampung dengan pistol.
Mereka takut untuk kembali ke Myanmar apabila Bangladesh menolak mereka sebagai pelarian dan meminta mereka untuk kembali ke Myanmar.
Reaksi dalam Negeri
All Myanmar Muslim Organization (AMMO) iaitu Persatuan umat Islam yang terbesar di Myanmar telah mengutuk semua perbuatan menakutkan dan memusnahkan nyawa dan harta orang yang tidak berdosa di kalangan umat Islam Rohingya dan mengisytiharkan bahawa “pelaku mesti dipertanggungjawabkan oleh undang-undang”.
Reaksi Antarabangsa
Bangladesh – Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar, meningkatkan keselamatan sempadan dalam tindak balas kepada rusuhan. Mereka menyekat pelarian dari memasuki Bangladesh. Banyak bot-bot pelarian telah berpatah balik atas arahan oleh Pegawai Sempadan.
OIC – OIC telah mengadakan mesyuarat dengan wakil dari 57 negara anggotanya di Geneva untuk menggariskan mekanisme bagi tindakan antarabangsa untuk mencari penyelesaian terhadap krisis yang dihadapi masyarakat Rohingya.
Ia juga menegaskan pentingnya untuk membenarkan duta-duta negara anggota OIC memasuki Myanmar untuk menilai keadaan penganut Islam di negara tersebut.
Masalah Besar yang Akan Menyebabkan Komplikasi Buruk dan Konflik Ini
Masalah-masalah besar yang akan menyebabkan komplikasi buruk dari konflik ini akan terus berlaku di kalangan umat Islam Rohingya ialah:
1. Rohingya ialah etnik yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar
Masalah ini telah berlarutan sekian lama dan penyelesaiannya menemui jalan buntu. Selagi Rohingya tidak diiktiraf, selagi itu mereka akan ditindas. Alasan yang lain kenapa Rohingya dizalimi ialah kerana mereka Muslim!!
2. Akses kepada pendidikan disekat
Tahap buta huruf di kalangan Rohingya amat tinggi kerana mereka dinafikan hak untuk mendapat pendidikan dan selagi itu mereka akan terus diperbodohkan dan dihimpit oleh kerajaan Myanmar.
3. Hak asasi manusia dinafikan
Kerajaan Myanmar menyekat segala bantuan ke atas Rohingya hatta makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain. Di Yangon banyak sumbangan telah ada di sana tetapi semua keperluan tidak boleh dihantar termasuk makanan dan ini menjadikan Arakan bagaikan Gaza nombor 2!!.
4. Sikap tidak endah masyarakat
Aung San Suu Kyi pernah ditanya tentang isu Rohingya di Arakan akan tetapi beliau hanya menjawab, “Saya tidak tahu tentang perkara itu”. Respons yang diberikan beliau ini amat menyedihkan. Apatah lagi umat Islam yang lambar bertindak terutama badan besar umat Islam, OIC.
Peru
Peru
Sign up here with your email