#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Quran Saintifik Siri 2: Hidayah dan Tekanan


“Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai”



“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125)


Hidayah adalah milik Allah. Tiada sesiapapun yang dapat megingkarinya. Junjungan mulia Rasulullah SAW berasa begitu sedih kerana insan yang menjadi pelindung kepada perjuangan baginda ketika baginda ditentang oleh musyrikin tidak mendapat hidayah Allah untuk menganut deen yang suci ini. Nabi SAW berusaha untuk mengajak Abu Tolib memeluk Islam, tetapi Abu Tolib menolak, dan Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada siapa yang kamu sayangi tetapi Allah memberi hidayah pada siapa yang Dia kehendaki." (Surah Al-Qasas, ayat 56)



Teori Fizik

Setiap kedudukan di muka bumi mempunyai tekanan yang berbeza. Pendaki gunung dan scuba diver mempunyai ciri pakaian yang sangat berbeza kerana keduanya beraksi di dua tekanan yang berbeza iaitu tekanan tinggi dan rendah. Pakaian itu untuk melindungi badan daripada kesan tekanan.

Tempat yang tinggi seperti di puncak gunung mengalami tekanan yang rendah manakala tempat yang rendah seperti di dasar lautan mengalami tekanan yang tinggi. Jika ketinggian meningkat, maka tekanan akan berkurang, kerana berat udara akan berkurangan. Pada setiap kali ketinggian meningkat 1000 kaki maka tekanan atmosfera akan berkurang 1 in.Hg. Tempat yang tinggi bukan sahaja mengalami tekanan yang rendah malah kandungan oksigen (O2) juga sedikit sehingga menyebabkan manusia sukar untuk bernafas.

Dalam ayat 125 surah al-An’am, digambarkan orang yang tidak mendapat hidayah Allah mengalami sesak nafas seolah-olah sedang mendaki gunung. Dada yang sesak dan sukar bernafas akan dialami ketika kita berada di puncak gunung (tempat yang tinggi) kerana kekurangan oksigen dan tekanan udara yang rendah seperti yang dinyatakan dalam perenggan di atas.



Perubatan

Setiap manusia tidak dapat lari dari penyakit. Penyakit adalah salah satu bentuk ujian iaitu ‘ibtila’ dari Allah untuk menguji hambanya, sama ada semakin bertambah keimanan atau semakin menjerumus kepada kekufuran.

Hakikat yang mesti disedari, setiap penyakit ada ubatnya. Al-Quran juga diturunkan sebagai penyembuh. Tentu sekali kalamullah yang agung itu menjadi penawar yang sangat mujarab.

"Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" (Surah Isra', Ayat 82)

Kesukaran untuk bernafas, sakit dada dan seumpamanya ada penawarnya. Masalah ini Insyaallah dapat diatasi dengan cara doa dibacakan (iaitu ayat 125 surah al-An’am) dan ditiupkan pada air. Air tersebut diminum dan disapu pada bahagian dada. 

Dalam proses pengubatan, konsep ikhtiar dan tawakkal perlulah difahami dengan betul supaya kita tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
muslimah tgnu
AUTHOR
Mon Sep 05, 07:45:00 PM delete

betul ke kalau kita sakit perut (penyakit usus) kena baca surah Luqman? saya ade terdengar somewhere tapi tak jelas sahih ke dop.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Sun Sep 11, 09:27:00 AM delete

to muslimah:
maaf saya tak pasti. yang tahu guna aummul quran, selawat syifa dan ayat penahan kesakitan (yg diajarkan oleh nabi)

Reply
avatar