(sekadar gambar hiasan)
Pertembungan antara ideologi tak akan berakhir. Kerana setiap masa akan lahir ideologi-idelogi yang baharu.
Perkembangan ideologi sangat pantas sedangkan pengukuhan aqidah umat islam masih lagi perlahan dan kurang ampuh. Dimanakah silapnya?
Adakah silap pendokong ideologi yang sangat gian menyebarkan ideologi mereka? atau umat islam yang masih lagi lena tanpa ada usaha untuk menyebarkan dakwah?
Kita tidak boleh salahkan hak seseorang untuk berfikir. Tetapi silap kita tidak menyampaikan 'guideline' untuk berfikir iaitu al-quran dan sunnah ( dan hukum islam lain ) dengan baik dan intensif.
Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa berfikir. Cukup banyak ayat al-quran yang meransang kita untuk berfikir. Berfikir supaya bertambah zikir pada Allah taala. Bukannya berfikir untuk bertambah jauh dari Allah.
Dahulu saya sangat ghairah untuk mengkaji Liberalism sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ada seorang ustaz nasihatkan saya supaya jangan tenggelam dengan ideologi. Saya hanya tersenyum. Saya percaya dengan nasihat beliau, ingatan supaya saya tak dikuasai oleh idelogi yang menyesatkan.
(sekadar gambar hiasan, tiada kaitan dengan fahaman penulis)
Rasa takut dan tercabar dengan perkembangan ideologi. Tambahan pula bila dibincangkan soal demokrasi. Semua memperjuangkan demokrasi sehingga ke akar umbi. Sosialis, komunis, kapitalis dan rakan-rakan mereka yang lain kononnya memperjuangkan demokrasi.
Setakat manakah kuasa rakyat yang mereka canangkan?
Adakah demokrasi yang mereka perjuangkan selari dengan pemahaman demokrasi yang kita mahukan?
Sambunngan kupasan ideologi yang lebih hangat
selepas 2 Disember
Sign up here with your email
2 comments
Write commentsWalaupun pembacaan tak tara mana, tapi diri ni sedang 'berperang' dengan pertembungan ideologi.
Replyhm, tiba2 berbicara tentang ideologi.macam ada apa2 je.
menanti kupasan yang menarik selepas 2 Dis
runsing memikirkan keadaan akn dtg
Replymenanti utk mengkaji buku2 tulisan sosialis & kapitalis yang tersusun di rak buku
fokus utk menelaah pelajaran
demokrasi menurut al-farabi, ibn rusyd perlu dipelajari lagi