#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Kasihmu Tidak Pudar Akan Ketiadaanmu

Bermula 14hbJun, kehidupan aku mula berubah. Walaupun untuk seketika, tapi cukup memeritkan. Hanya menatap wajah dua orang sahabatku sepanjang masa. Rutin selepas maghrib, kami makan malam bersama-sama ( dalam dulang/talam ) sambil menonton Buletin Utama. Tiba-tiba hati terusik, jiwa mula melayang, mendambakan sebuah kasih sayang. Kisah pengorbanan seorang ayah. Mungkin tidaklah seberapa bagi sesetengah orang, tapi bagiku cukup memilukan. Air mata sahaja tidak mampu lambang kesedihan, tapi perlulah kepada hati yang luluh.

Hari Itu Masihku Ingat

Aku sangat mengantuk ( umur 6 tahun ), aku naik ke bilik tidur. Aku lihat arwah ayah masih di bawah. Tidur di ruang tamu. Kebiasaan orang tua. Aku tidak endahkan sangat. Keesokan harinya, ramai manusia jagat berkumpul di rumahku. Suasana yang enigma bagiku. Aku belum mengerti. Rata-rata yang ada semua sedih. Suasana pilu

Aku masih ingat, ada seorang pak cik bertanya kepada aku. " Macam mana ayah kamu ". " Tidur " aku menjawab berlampirkan kejahilan. Aku tak tahu. Sememangnya aku tidak tahu. Kerana ia berlalu dengan cepat. Rupanya aku lupa, ayahku meninggalkan kerana disebabkan sakit jantung. Aku mula mengorek balik sejarah, dulu ayahku selalu pergi ke IJN, untuk mendapatkan rawatan.

Selepas itu, aku mula faham. Kerana mula terasa ketiadaan arwah ayah. Bila mak memarahiku, aku mula 'mengadu' kepada arwah ayah.

Bersama-sama

Seronok sangat, balik dari tadika, arwah ayah selalu membawaku ke kedai kopi di golok. Minum air teh dalam cawan kecil ( macam cerita cina ).

Aku juga pernah kena marah kerana tertidur atas motor ketika arwah ayah membawaku bersiar-siar.

Kenapa Kamu Abaikan?

Aku cukup pantang malah benci kepada orang yang tidak menghargai kasih ibu bapa. Tidak perlu aku hamparkan kalamullah. Sudut sorih lagi bersuluh tentang akhlak terhadap ibu bapa.

Terfikir. Bertuahnya jika masih ada ibu ayah. sebelum PMR, sekolah mengadakan munajat. semua ibu bapa dijemput. Kebiasaannya, slot terakhir adalah slot air mata dan berdakapan. Sekelilingku semua kawan-kawan berpeluk dengan ayah masing-masing. Aku mula mencari sudut untuk aku memencilkan diri. Mencari tempat untuk aku berpeluk.

Terajang, pukul, sepak, tumbuk ibu dan ayah. Perbuatan yang keji dan hina. Kita lahir sebab adanya mereka. Kita asal dari air yang hina.

Kembalilah

Aku tulis bukan untuk meraih simpati, bukan untuk menjual air mata dengan bayaran prihatin kalian. Aku tulis supaya kita menghargai ibu bapa kita. Menjauhi sikap kurang ajar. Menghadap kembali kepada akhlak kita. Merenung kembali peranan kita. Kita ingin mengejar syurga, tetapi kita terlupa akan kuncinya. Selamat Hari Bapa.


Al-Faqiru Ilallah:
ARAH
9:30
22/06/09
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
Sun Jun 21, 07:38:00 PM delete

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang soleh :)

Reply
avatar
Sun Jun 21, 08:21:00 PM delete

Ibu bapa adalah yang paling penting..

p/s::dua post yang lebey kurang sama..

post imran dan post enta..

kedudukan mereka(ibu dan bapa)diletakkan di tingkat paling atas..insyaAllah

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon Jun 22, 10:36:00 AM delete

sedih aku baca.. huk3
ada hikmah disebalik ujian.

p/s : kepada yang masih mempunyai ayah, sayangi dan hormati mereka~

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon Jun 22, 11:09:00 AM delete

To K.A:
i'allh

To P.C.:

sbnrnye ana mlas nk tulis psal ni. tetapi memandng diri dikurung & rasa sedih ble t'igt kwn2 yg x hairan ble ad org yg meninggl. nk suruh amik pengjrn n p'sediaan sbm org yg kta syg tiada

Reply
avatar
hqz
AUTHOR
Tue Jun 23, 07:56:00 AM delete

salam,alahai kakcik pun ingat lagi time tu...tapi klu arwah masih ada, mesti dia bangga ada 6anak yang cukup2 berjaya...ngaji molek k, jangan lupa balas jasa mok..n hepi besday buat adik dan esok...dah 21tahun dah, moga terus menjadi anak yang soleh...n jadi kebanggaan arwah dan mok dunia akhirat...amin

Reply
avatar
hqz
AUTHOR
Tue Jun 23, 08:03:00 AM delete

salam, kakcik ingat lagi time tu...adik dan budak2 lagi...tapi skrg dah besar n bijok pandai doh...ngaji molek n balas jasa mok k....esok adik dan punya besday...apapun hepi besday, moga adik dan sentiasa dalam redha Allah SWT...n jangan terpedaya ngan cinta dunia....cewah,ganaz dop ayat kakcik...hehehe...salam

Reply
avatar
TaiFaSuFiaH
AUTHOR
Wed Jun 24, 08:41:00 PM delete

salam..smga "anak yg baik yg mendoakan kedua-ibubapanya" sbg bonus kpd arwah..Slamat Meneruskan Perjuangan..Sanah Helwah Ya Syabab Mujahid Lilislam..!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Thu Aug 27, 02:15:00 PM delete

salam..lau pun late comment...but i just want to share..this situation also happen to me..but i'm still have my father..and my mum 'rest in peace'...its so hard to eccept takdir minallah..but i should...redha...im also "kehairanan" how some people can "mengesampingkan" their parents...i'm dont see so far..its happen around me..my siblings...i 'm so sad..but all of this are challenge that we have to face and acceot in the name of life...May Allah always bless our parent and also our family...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Fri Aug 28, 11:54:00 AM delete

manusia akan menghargai sesuatu apbla sesuatu itu hilang. spt ibubapa, anak2 akan terasa kehilangan apabila ibubapa sudah tiada.

Reply
avatar
~JunDaTuLLaH~
AUTHOR
Wed Mar 28, 07:45:00 AM delete

Moga rohNYA bersama para solihin. Doa anak yang soleh itu berterusan sampai sebagai bekalan di alam sana..

Reply
avatar