#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Rambang Mata



Ketika bersiar-siar di Alamanda,Putrajaya. Pada mulanya, aku terserempak dengan Ust Syafwan ( Ust Bahasa Arab Sem 1 ). Beliau bersama dengan zaujahnya. Biasalah orang baru kahwin.
Memang tidak dapat dielakkan, mata aku tiba-tiba tertumpu pada sebuah signboard MPH. Jiwa buku aku mula teransang. Aku cuba manfaatkan masa yang sedikit ini untuk aku explore sehabis mungkin MPH. keluasan MPH ini tidak dapat menandingi MPH Mid Valley.
Banyak buku-buku yang agak menarik. Antaranya ‘ Obama Antara Islam, Amerika dan Israel’ oleh Taufik Rahman. Kupasan tentang tarikan manusia terhadap Obama. Kisah hidup beliau dari kecil sehingga sekarang dan pendedahan tentang faktor istimewa Obama sehingga mampu memikat hati masyarakat USA, Islam , kristian dan Yahudi.

Buku ‘ The Law Of Leadership’ oleh John C Maxwell agak menarik tetapi aku belum bercadang untuk memilikinya. Karikatur biografi Che Det ( Tun Mahathir ) turut kelihatan di sana.

Akhir sekali, aku mengambil keputusan untuk membeli buku ‘ You’re What You Eat’ oleh Chia Joo Suan. Lebih elok jika aku kenalkan serba sedikit latar belakang penulis buku ini.. Menerima ijazah dari Universiti Otago dan sarjana dari Kolej Lincoln, Universiti Canterbury, New Zealand. Merupakan seorang Ahli Kimia Makanan di Pusat Kajian Teknologi Makanan MARDI. Mempunyai 25 tahun pengalaman dalam pengkajian makanan.
Kandungan buku ini agak menarik. Setiap bab disertai dengan ruangan Soal Jawab. Beliau menghuraikan tentang cara penyimpanan makanan, kandungan nutrien dalam makanan, kandungan nutrien dan bukan nutien di dalam sayur-sayuran dan banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut sila beli.
Inilah buku pertama yang aku beli yang ada kaitan dengan kursus yang aku ambil di USIM ( Bioteknologi Makanan ). Sebelum ini tidak pernah. Yang selalu menjadi tumpuan, buku motivasi, buku agama dan novel.
Sejurus sahaja aku keluar dari MPH, aku berjumpa dengan Saudara Hariri Daud ( Mantan YDP MPP USIM ) menemani adiknya membeli kamus. Seorang abang yang baik.
Target untuk semester ini Satu Bulan Sebuah Buku yang akan aku beli. Tak tahulah mampu atau tidak. PTPTN tak mintak, JPA aku tak layak. Hanya ‘Duit Pusaka’ je yang ada. Tapi aku mencabar sahabat-sahabat yang mempunyai pinjaman PTPTN dan biasiswa JPA untuk memperbanyakkan koleksi buku-buku kamu semua. Lupakan seketika niat untuk menukar handset, nak beli pakaian baru, utamakan dahulu bahan-bahan ilmiah walaupun kamu semua terpaksa mengikat perut.
Marilah kita wujudkan suasana ilmiah. Kembalikan zaman kegemilangan keilmuan islam. Hiudpkan ‘roh’ Kota Andalusia, Kota Baghdad, Kota Dimashq, Kota Qairawan, Kota Fustat yang tanahnya subur dibajai dengan ilmu, udara segar dengan pembacaan, suasana nyaman dengan pengajian
p/s: sekarang aku tengah kumpul duit untuk membeli Kitab Fiqh Islami Wa Adillatuh karangan Sheikh Wahbah Az-Zuhaily. Aku dah tengok di Giant harganya boleh tahan RM100. Insyaallah ada rezeki.

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
11/01/09
8:29
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Sun Jan 11, 04:12:00 AM delete

SALAM ZIARAH Sdr Rasyadan.

Memang ana seorang abg yg baik.hehehehe ;-)

Nati blh mula menulis di akhbar n majalah. Selain drpd utk berkongsi ilmu blh jg buat "duit poket". Gud Luck Rasyadan. You're what u think. Keep it up n don't forget increase ur Iman.

Reply
avatar
Samhani
AUTHOR
Sun Jan 18, 08:07:00 PM delete

Salam..ksam dah beli dan habis baca buku Obama yang disebutkan tu. Nak pinjam?

Reply
avatar
~ZuLhAiRi~
AUTHOR
Thu Mar 19, 09:52:00 AM delete

salam...

fiqh islami wa adillatuh rm 100???...anta biaq btui...

harga standard yg terjemahan rm100 sebijik...de 7 jilid...means rm700..kalau pandai kurang dapat 80 sebijik..tu pun kalau beli kat dawama

kalau arab punya dalam rm4-5 ratus satu set...

kalau btui rm 100 ana nak 2 set!..siyes...huhu

Reply
avatar