#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Mus, Kami Tunggu Kau Di USIM


Bermula semester baru sesi 08/09 maka lembaran hidup baru bermula. Segala strategi dan action plan telah siap, tunggu tarikh untuk bertindak. Aktiviti awal semester bermula dengan Pesta Konvokesyen Ke-6 USIM. Pada hari pertama semester 2 aku ditugaskan menempah holding room bagi kumpulan Devotees sempena pesta konvo. Sebelum ke pejabat fakulti aku berjumpa dan sempat bergurau dengan sahabat-sahabat FST di PKP ( Pusat Kemudahan Pelajar ) termasuk Mustakim ASRM.
Dek kerana asyik berborak sehingga aku terlupa untuk ke pejabat FST. Sampai di UIA Nilai baru teringat. Aku dah suruh Faizal ( classmate )ingatkan aku, dia pun terlupa juga. Tak apa la selepas makan tengahari baru pergi semula ke FST. Dalam hati aku “ makan minyak motor macam ni”. Jam 3 petang aku dah selesaikan urusan di FST. Niat di hati nak balik hostel untuk berehat. Tutorial Bahasa Arab pukul 6 petang, lambat lagi.
Dalam perjalanan ke hostel ( berhampiran dengan Balai Bomba Nilai ) dari kejauhan aku Nampak ramai orang, rupanya ada accident. Aku segera parking motor di tepi jalan. Nak tengok siapa yang accident. Keadaan agak kalut. Tiba-tiba polis memanggil aku “ Student ke? Mai sini ada student USIM accident”. Aku terkejut. Aku segera bagi kunci motorku kepada Faizal. Sebagai persediaan sekiranya aku terpaksa ke hospital.
AKu lihat sekujur tubuh sedang mengerang kesakitan. Tubuhnya penuh dengan darah. Aku duduk di sebelahnya. Aku cuba untuk mengenalpasti siapa orangnya. Keadaannya parah terutama bahagian muka sehingga sukar untuk cam. Aku terus mengajarkan syahadah, tapi hanya kedengaran kalimah Allah sahaja. Alhamdulillah. Mulutnya penuh dengan darah dan bibirnya terkoyak sedikit menyebabkan kalimah Allah yang disebut tidak jelas kedengaran.
Suasana tegang. Kami sedang menunggu ambulan. Tiba-tiba ada seorang uncle ( cina ) yang baik hati menawarkan keretanya untuk bawa student itu ke hospital. Hanya uncle, aku dan student yang accident je dalam kereta. Aku terus ajarkan syahadah kepadanya. Aku masih tertanya-tanya siapakah student ni. Ya allah kuatkan hatiku tatkala melihat keadaannya.
Alhamdulillah, beberapa minit kemudian ambulan datang. Student itu dipindahkan ke dalam ambulan untuk dibawa ke Hospital Seremban. Aku menumpang kereta peronda USIM bersama En Rozaimi. “ Nah, ni handset student tu, terjatuh tadi “ kata pegawai USIM. Aku terus check contact list dalam handset itu, aku terkejut apabila melihat nama Ezuan ( sahabat FST ) termasuk dalam list. Aku terus call Ezuan, “ Wan, tolong bagi tahu ni no siapa” aku mendesak Ezuan. “ Ni no Mustakim la” jawab Ezuan.
Saat itu air mataku mula berderai. Fikiranku mula celaru. Hatiku semakin gusar. Sukar untuk aku mempercayai. Baru aku tahu rupanya itulah Mustakim. Ya Allah betapa buruknya akhlakku, betapa teruknya nilai ukhwah aku terhadap sahabat. Sehingga sahabat sendiri aku tidak kenal. Maafkan aku Mus, aku tidak cam muka kau. Baru je kita jumpa tengahari tadi. Aku mataku deras mengalir kerana suara kau ketika kau menyebut Allah terngiang di telingaku.
Apabila sampai di Hospital Seremban kau dimasukkan ke Zon Kuning. Keadaan kau parah. Ramai sahabat USIM datang untuk melihat keadaan kau. Apabila kami dibenarkan untuk melihat keadaan kau, hanya allah sahaja tahu betapa sedihnya kami ketika itu. Kami semua tidak dapat menahan kesedihan. Apatah lagi saudara-saudara kau.
Kerana rasa bersalah dalam diri aku, aku tidak ke kelas selama dua hari semata-mata untuk menemani kau. Sebab hatiku tak tenang jika aku tidak tahu keadaan kau. Di hostel aku asyik teringat kat kau. Terbayang lagi keadaan kau ketika terlentang di atas jalan, suara kau, wajah kau yang berlumuran darah. Selepas dua minggu kau di hospital. Aku dan sahabat-sahabat USIM seramai 30 orang melawat kau. Aku cuba kuatkan semangat aku supaya aku air mata tidak mengalir di depan kau. Walaupun kau tidak kenal aku lagi, tapi apabila tengok kau dah sedar, Alhamdulillah. Walaupun kau alami keretakan tengkorak otak, tapi kuasa Allah melampaui semua itu. Sebelum aku balik, aku bisik kat telinga kau, “ kita akan bersama 3 tahun lagi, kita sama-sama terima ijazah”
Sebenarnya kita berdua tidaklah terlalu rapat sebelum ini. Aku kenal kau pun tidak sampai setahun, jumpa jarang-jarang sekali, gurau kadang-kadang. Tu pun masa liqa mingguan FST. Tapi Allah maha kuasa, DIA tautkan hati aku ketika aku ajarkan kau syahadah. Betapa hebatnya ukhwah berlandaskan aqidah. Tapi perasaan bersalah kerana aku tidak cam kau susah untuk aku hapuskan.
Bila aku renung kembali ketika aku terlupa pergi ke FST, ada hikmah yang tersembunyi. Jika tidak, mungkin ketika kau accident aku tengah tidur di hostel. Aku harap kau sempuh dengan cepat. Kita sama-sama terima ijazah nanti.
“ Apabila datang seorang lelaki hebat menunggang kuda ke medan jihad. Tubuhnya ditutup penuh dengan kain sehingga para sahabat Rasulullah SAW tidak kenal siapa gerangan lelaki itu. Tiba-tiba pakaian lelaki itu terselak sedikit sehingga menampakkan bahagian lengan lelaki itu, Rasulullah terus cam itulah Saad yang rupanya agak hodoh tetapi imannya sangat hebat sehingga bidadari berebut-rebut untuknya”
Saksilah, begitu hebat ukhwah Rasulullah dengan sahabat baginda, hanya dengan melihat kulit lengan sahaja terus kenal siapa gerangan sahabat itu.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Ms.na
AUTHOR
Sun Jan 18, 06:15:00 AM delete

hope ur friend will recover soon..

*please drive carefully

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Fri Jan 23, 12:39:00 AM delete

suburkanlah ukhuwah dgn keimanan..

Reply
avatar