#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Doa Awal dan Akhir Tahun

Doa Awal Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Akhir Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Tazkirah: Mulakan tahun baru yang mulia ini dengan HIJRAH. HIJRAH dari segi amalan, sikap, muamalat. Jagalah kemualian diri dengan menjaga aurat. Sesungguhnya perhiasan yang berharga, amat sukar untuk dilihat dan untuk didedahkan. Amat mulia perhiasan yang cantik, yang terjaga, tertutup daripada menjadi bahan tontonan……………..HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID, ISY KARIIMAN AW MUT SYAHIIDAN…….TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI. “ GENERASI PROFESSIONAL ISLAM “
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Ainey Nan
AUTHOR
Thu Jan 24, 03:47:00 AM delete

Ya Allah..
aku telah menzalimi diriku sendiri..
nikmatMu jrang2 kusyukuri..
tapi kutangisi apabla brlalu pergi..
alhamdulillah..
tahun nh lmbaran kisahku trbuka dgn kasih sayangMu..

alhamdulillah..alhamdulillah.. Ya Rahman.. Ya Raheem..

Reply
avatar