#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Quran Saintifik

“ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk beri hidayah petunjuk kepada nescaya Ia melapangkan dadanya ( membuka hatinya ) untuk menerima islam, dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki ke langit ) dengan susah payahnya ) ; demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman “( Surah Al An’am ayat 125 )


HURAIAN AYAT AL-QURAN
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang hidayah Allah hanya diberikan kepada orang yang dikehendaki sahaja. Kepada sesiapa yang dikehendaki Allah akan dilapangkan dada mereka, hati mereka juga akan tenang lantaran hidayah dan petunjuk yang diberikan. Sebaliknya bagi orang yang disesatkan, hidup mereka tidak tenang, malah dada mereka akan sesak. Perumpamaan yang diberikan kepada orang yang disesatkan Allah dan dada mereka berasa sesak adalah seperti orang yang ingin mendaki ke langit. Dan itulah azab dan balasan yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak beriman.

APAKAH TEORI SAINS YANG BERKAITAN DENGAN AYAT DI ATAS ?

Menurut teori sains ( biasanya dalam fizik ), apabila seseorang berada pada sesuatu kedudukan yang ketinggiannya semakin bertambah, tekanan yang dikenakan ke atas seseorang itu akan semakin rendah..

Apabila keadaan ini berlaku, dua kesan yang akan wujud :
1) KEKURANGAN KANDUNGAN OKSIGEN . Oksigen memainkan peranan penting dalam proses respirasi.
2) KURANG TEKANAN UDARA kerana berada pada kedudukan yang tinggi. Tekanan yang rendah akan memberi kesan kepada seseorang. Oleh itu, angkasawan yang ingin ke angkasa lepas, terpaksa memakai pakaian khas untuk mengurangkan kesan negatif kerana tekanan yang rendah

Maka seseorang itu akan berasa sesak nafas lantaran kekurang oksigen dan tekanan yang rendah. Ini membuktikan bahawa Al-quran adalah saintifik, dan dapat menyangkal dakwaan saintis yang kufur bahawa Al-Quran adalah rekaan, lapuk dan sebagainya.

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. “ ( Surah Al-Baqarah ayat 164 )

Al-Faqiru ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
05/12/07
21:21


Sumber rujukan :
- Studies Of Quranic Ayat And Hadith On Science ( TUH )
Tamhidi Islamic Science University Of Malaysia
- Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Previous
Next Post »