#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Cabaran Sepanjang Jalan Dakwah

.frAssalamualaikum wbt, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Al-Khaliq, selawat ke atas junjungan mulia, Nabi SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Dalam melayari lautan kehidupan ini, kita memerlukan bahtera ketaqwaan yang membawa mutan yang bergelar iman dan melayari dengan tawakkal. Tapi dugaan , cabaran sentiasa dihadapi. Bagi golongan yang bergelar daei, sesungguhnya cabaran dan dugaanmu cukup besar dan memeritkan.

Wahai saudaraku…..
Hendaklah kamu bersedia menghadapi tentangan daripada golongan kuffar
Golongan kuffar akan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan orang-orang islam. Sama ada menghapuskan dari sudut lahiriah ataupun batiniah. Lahiriah ialah membunuh atau menyakiti orang islam sehingga orang islam itu mati, terseksa, derita. Adapun batiniah, mereka akan melakukan gerakan memurtadkan orang islam, menggoyahkan aqidah islamiah. Kita perlu cakna terhadap ayat dalam surah al-baqarah

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” ( Surah Al-Baqarah ayat 120 )

Ayat ini menjelaskan bahawa golongan kuffar ( kristian dan yahudi ) berusaha memurtadkan orang islam seterusnya mengimani agama mereka. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa gerakan murtad, seperti gerakan kristianisasi di Indonesia. Mereka bertindak dengan licik menyuntik jarum-jarum supaya aqidah orang islam goyah.

Wahai saudaraku yang dikasihi….
Kamu juga mesti berwaspada terhadap golongan munafik yang membenci kamu
Golongan itu umpama gunting dalam lipatan. Persepsi kita terhadap mereka sangat baik, malangnya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kita. Bagi golonga daei mereka perlu sentiasa berwaspada, sebagaimana mafhun firman Allah
“ Apabila datangnya perkhabaran daripada golongan munafik, maka siasatla betul-betul”.

“ (Orang-orang munafik itu) yaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekedar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih. “ ( Surah At-Taubah ayat 79 )

Peristiwa hadith ifk, cukup jelas menggambarkan betapa bahayanya golongan ini. Aisyah difitnah oleh golongan manufik sehingga perhubungan aisyah dan baginda SAW menimbulkan kedinginan. Di samping itu, jarak penurunan wahyu agak lama berbanding sebelumnya, hal ini menambahkan kegusaran kepada baginda. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat, Aisyah berada di pihak yang benar.


Wahai sahabatku yang berjuang di jalan Allah….
Kalian akan berdepan dengan orang muslim yang dengki terhadap kamu
Kedengkian ini sukar dikikis dalam jiwa orang islam. Sifat mazmumah inilah yang merosakkan hati orang islam, sehingga menimbulkan perbalahan saudara, pembunuhan se-aqidah, peperangan se-agama. Apabila salah seorang daripada orang islam mendapat rezeki yang lebih, maka timbullah sifat dengki dalam diri orang islam lain. Ambil iktibarlah dari hadith nabi
“ Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehinggalah kamu mengasihani saudara kamu sebagaimana kamu kasihkan diri kamu “.
Petikan syair seorang pujangga arab, Hatim

Ungkapan orang yang Hasad adalah tanpa dosa yang aku dengar,
Maka aku katakan kepadanya,
Suruhlah, lalu laksanakan kepadaku,
Mereka selalu mencela tentang diriku,
Sementara diriku sendiri tak ada pernah mencela,
Akan tetapi aku tak akan pernah menghiraukannya.


Wahai sahabatku yang hatinya utuh terhadap islam….
Hendaklah kamu bersiap sedia menghadapi godaan syaitan yang menyesatkan kamu.Godaan ini akan dating dari pelbagai bentuk, pelbagai cara, sama ada melalui amalan baik atau amalan buruk. Apabila kita melakukan amalan baik, syaitan akan meniupkan rasa riak, ujub dan takabbur dalam diri kita, sehingga kita terlupa setiap amalan ikhlas kerana Allah. Melalui amalan buruk, syaitan akan membisikkan kata-kata manis supaya terus istiqamah meneruskan amalan tersebut dan mengaburi mata hati kita bahawa amalan buruk itu akan mendapat azab yang pedih.

“ Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”
( Surah Al-An’am 112 )

Wahai saudaraku yang hatinya suci…..
Hendaklah kalian mempertingkatkan iman supaya dirimu tidak lemas dalam ransangan nafsumu. Menurut ahli tasauf, nafsu mempunyai pelbagai peringkat. Nafsu yang perlu kita mestu jauhi adalah nafsu ammarah bissuu’. Kita telah ketahui bahawa iman sentiasa naik dan turun, maka ketika iman kita lemah/turun, nafsu pula mengambil peranan mengawal diri manusia, sehingga setaiap tindak tanduk manusia berdasarkan mata nafsu bukannya dari mata keimanan.

“ Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. “ ( Surah Yusuf ayat 53 )

Bagi mengkonsistenkan keimanan dan memerangai nafsu hendaklah sentiasa mujahadah dan istiqamah. Itulah jalan yang terbaik. Pentarbiahan berterusan melalui halaqoh memainkan peranan yang cukup penting supaya iman tak hilang dan nafsu tak menjadi raja.

Al-faqiru ilallah
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
Ahad 02/12/07
18:21


Sumber Rujukan:
- Bahtera Penyelamat ( Fathi Yakan )
- Tafsirul Quran
Previous
Next Post »