#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Mahkota Sang Puteri

.

.

Azman ( bukan nama sebenar ) termenung di meja makan. Entah apa yang difikirkannya. Mak Lijah terkesima memerhatikan tingkah laku anak bongsunya. Air the yang dituangkan untuk Azman belum lagi terusik. Azman yang sedang asyik termenung tak menyedari kehadiran ibunya. “ Man termenung apa?” Tanya Mak Lijah sambil menepuk bahu anaknya. Mak Lijah membuat demikian kerana teringat ceramah motivasi dalam televisyen. “ Kalau nak bercakap dengan anak, seelok-eloknya memegang bahu anak” pesanan motivator terkenal masih segar lagi di ingatan Mak Lijah walaupun umurnya dah lanjut.
Azman tersentak lantaran sentuhan kasih dari ibunya. Azman dan ibunya sahaja berada di rumah pada waktu itu, kerana Pak Soh Lebai selalunya pergi ke Masjid. Maklumlah seorang Pak Lebai hatinya terikat dengan masjid. Tambahan pula dia dilantik sebgai Pengerusi Masjid semasa pilihanraya baru-baru ini.
“ Tak ada apa-apa mak” dalih Azman supaya apa yang difikirkannya tidak diketahui oleh ibunya. “ Man tak boleh tipu mak. Semasa Man sekecil telapak tangan hingga sekarang. Mak lah yang jaga Man. Makan, minum Man semua mak yang jaga. Masa Man curi-curi makan masa puasa dahulu pun, Mak lah orang pertama tahu.” Mak Lijah cuba menyerang psikologi Azman. Mak Lijah adalah pesara Ustazah, jadi tidak hairanlah dia dapat membaca fikiran Azman. Mungkin ilmu agama di dadanya memberi kelebihan kepadanya.
“ Mak janganlah ungkit perkara yang lama. Malulah. Man bukan tak nak beritahu Mak. Cuma Man takut Mak tak bersetuju “ jawab Azman sambil membuat mimik mukanya yang manja. Walaupun dah 20 an tapi Azman masih lagi keanakan. Ini kerana Azman adalah satu-satunya anak lelaki Mak Lijah. “ Ma beritahulah kat mak” pinta Mak Lijah. “ Sebenarnya, Man nak kahwin” jawab Azman malu-malu. Mak Lijah terkejut bercampur gembira. “ Apsal tak beritahu awal-awal. Mak sangat suka.

Teringin sangat nak dapat menantu. Man berkenan kat siapa?. Jawab Mak Lijah. Dia tak dapat menahan perasaan gembiranya. “ Man berkenan kat Seha anak Pak Jusoh “ jawab Azman dengan penuh keyakinan. Mak Lijah yang tadi gembira, tiba-tiba berubah reaksi. “ Apa Seha? Mak tak suka lah Man”. Jawab Mak Lijah sambil menunjukkan muka yang masam. “ Kenapa Mak, Seha kan bertudung “. Jawab Azman seperti seorang tokoh politik ketika mahu berkempen. “ Memang lah bertudung, tapi pakai baju ketat, lengan pendek, berseluar jeans….mak tak suka la macam tu” jawab Mak Lijah tanda protes. “ Mak, bertudung pun kira nasib baik dah. Tu kan fesyen sekarang. Mana ada gadis muda pakai tudung labuh dan berjubah atau baju kurung sekarang. Nampak kolot sangat”……………..
Pada zaman ini, manusia telah hanyut dibawa arus kejahilan. Tudung yang dijadikan sebagai penutup aurat, kini telah dimanipulasikan menjadi fesyen. Doktrin ini amat berbahaya, kerana wanita mendakwa bahwa mereka bertudung sedangkan mereka tidak menutup aurat. Kerana doktrin ini menyatakan sesiapa yang bertudung telah dianggap menutup aurat walaupun anggota tubuh badan yang lain masih terdedah kepada pandangan umum.

“Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu serta pakaian indah sebagai perhiasan, dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Mudah-mudahan mereka selalu beringat. Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu daripada syurga, ia telah menanggalkan dari keduanya aurat mereka. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjdikan syaitan-syaitan itu sebagai pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman” ( Surah Al’A’raf: 26,27 )
Dan kini, ada golongan yang masih cetek agama mempelopori fesyen bertudung, yang telah mempengaruhi minda remaja-remaja muslimah. Malah timbul juga pelbagai fesyen bertudung yang amat menyakitkan mata orang yang berpengetahuan agama. Allah juga telah memrintahkan kepada wanita muslimat agara menutup aurat dari segala pandangan. Suruhan Allah adalah merupakan satu suruhan yang wajib dilakukan dan ia memberi kebaikan kepada wanita itu sendiri.

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka, atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari kalangan orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang masih belum mengerti tentang aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunykan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Hai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. ( daripada memandang yang haram )
( Surah An-Nur: 37 )

Bagi sang remaja yang masih bersekolah, sesetengah mereka menganggap bahawa tudung dan aurat adalah salah satu disiplin yang perlu diikut sepanjang sesi persekolah. Dan bagi sang dewasa, bila berada di perantauan memang seksi, tapi bila pulang ke kampung halaman bukan main lembut bersopan. Bagi sesiapa yang tak bersetuju denganku, kritik lah aku. Sama ada dirimu yang silap atau aku yang ketinggalan zaman..

Sewajarnya, orang atasan perlu menonjolkan peribadi islam supaya rakyat jelata mendapat panduan.



Kulemparkan senyuman sinis ini buat sang muslimat,
bibirku mengucapkan kalam-kalam indah ini buatmu

Bila saja sampai di tangga,
Tudung dilempar entah ke mana,
Seluar yang dipakai ketat dan sendat belaka,
Baju yang dipakai kecil mengalahkan baju adik dia,
Rambut yang ditutup tadi rupanya berwarna-warna,

Benda yang tak patut tunjuk dia buka juga,
Kusangkakan perempuan rupa-rupanya betina,
Nak dijadikan isteri bagi free pon aku tak ingin la,
INGATLAH SANG PUTERI

Tudung umpama mahkota sang puteriIndahnya disulami bebenang ketaqwaan
Serinya bukan disinari permata
Wanginya ia disirami nur keikhlasan
Harumnya kerana ia milik muslimat sejati


Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
16:18 AHAD
22 APRIL 2007
Hak cipta terpelihara ®

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
BaYu SenJa
AUTHOR
Thu May 03, 03:32:00 PM delete

ya.. hakikat sebenar menutup aurat ialah bukan hanya dengan menutup tubuh. tetapi 3 perkara harus diteliti iaiti menutup dari melihat kulit mahupun warnanya dan menutup aurat supaya tidak menampakkan bentuk tubuh. Selain menjauhkan diri dari menjadi perhatian.
dengan erti kata lain, pakaian jarang, ketat dan menarik perhatian adalah dilarang untuk wanita di hadapan lelaki bukan mahram.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thu May 03, 08:09:00 PM delete

Betul tu bayu senja. Sekarang ni ramai yg bertudung, tp aurat masih lg terbuka. Org yg berkopiah pon boleh bergoncang iman tgk mereka. May b bertudung kerana fesyen kot.
syukran bg komen yg bernas n berasas

Reply
avatar