Hakikat ini telah mendorong pihak Alumni Maahad Muhammadi ( AMAL ) menganjurkan Kem Bina Sahsiah (KBS) pada 12,13 dan 14 April 2007. Program ini merupakan julung-julung kali diadakan di Sekolah Menengah Ugama ( A ) Darul Ulum, Jedok. KBS yang bertemakan “ Memperkasakan Rohani Melalui Tarbiah” disasarkan kepada semua pelajar SMU(A) Darul Ulum dan beberapa orang dari kalangan pelajar SMU(A) Kajang yang terpilih. Objektif KBS adalah untuk mewujudkan biah solehah dalam kalangan pelajar dan memberi kesedaran peranan seorang pelajar muslim. Pemantapan ukhwah islamiah dalam kalangan pelajar juga diterapkan.
Objektif ini kerana pada msaa kini banyak berlaku gejala sosial yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Pelajar aliran agama juga tidak terlepas daripada cengkaman gejala yang buruk ini. Pelbagai pengisian telah diatur bagi memastikan objektif tersebut dapat dicapai dengan jayanya. Antaranya ialah sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang berkaliber. Bengkel yang disediakan dapat memberi ruang kepada pelajar menonjolkan bakat-bakat kepimpinan dan juga dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar kerana ia berteraskan teori dan praktikal.
Seperti program sebelum ini, aku sekali lagi dilantik sebagai ajk pengisian. Apa yang aku ingin luahkan ialah rasa tidak puas hati terhadap tugas aku sepanjang program. Kerana aku tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap KBS. Kerana pada minggu tersebut adalah minggu yang paling sibuk. Mungkin kerana aku banyak menangguhkan kerja yang aku terpaksa
lakukan.
Imbasan
Pada hari Rabu 11 April 07 aku telah diminta untuk menyiapkan kad sempena Mesyuarat Agung Mulimat PAS Kawasan Tanah Merah. Pada malam itu aku bersendirian menyiapkan hampir 400 keping kad. Memang penat. Hampir jam 3 pagi baru boleh pejamkan mata.
Mungkin kerana keletihan, aku tidak dapat menjalankan amanah aku sebgai ajk pengisian sebaik mungkin. Dan tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa, ada segelintir ajk KBS tidak menyenangi tugas aku sebagai ajk pengisian. Mintak maaf banyak-banyak.
Majlis penutup.
Pada majlis penutup telah diumumkan peserta terbaik. Memang layak budak itu dipilih sebagai peserta terbaik. Teringat masa zaman sekolah lama ( SMU(A) Al-Fauziah ). Semasa majlis itu, telah ditayangkan klip video lagu Anak Soleh ( Aeman ), klip video tersebut memberi impak kepada semua makhluk yang menontonnya, ada juga sesetengah peserta dan ajk tidak dapat menahan sedih tatkala menonton klip video tersebut. Tanpa disedari air jernih mulai keluar dari mataku. Teringat jasa bonda. Ketika dahulu beliau seorang diri membesarkan 5 orang putera dan seorang puteri beliau. Dan putera bongsu beliau telah mengguris hati beliau. Maafkan anakmu.
Seperti biasa acara bersalaman dan berpelukan diteruskan. Pada waktu ini suasana menjadi sayu dipengaruhi pula oleh sound effect yang dikendalikan oleh Ibad. Semasa bersalaman dan berpelukan aku sempat membisikkan kata-kata ke telinga para peserta. Ingat adik-adik bila sampai di rumah terus cium tangan mak dan ayah. Kata-kata itu, rasa terlalu berat untuk dilafazkan, tapi aku terpaksa juga lakukan. Tiba-tiba hati kecil ini, berbicara sendirian. Bagaimana pula dengan orang yang tiada ibu atau bapa ? Bagaiman perasaan mereka ? Kepada siapakah mereka ingin mengucup tangan? Persoalan sedemikian muncul di celah-celah kesayuan. Aku tak dapat menjawabnya. Hanya munajat saja pengubat kasih ini.
Perjalanan pulang
Semasa nak pulang, rasa malas nak pandu kereta. Rasa nak tidur je kat sini. Tapi keadaan tak mengizinkan. Terpaksa juga aku memandu pulang. Berbekalkan mata yang kuyu dan fikiran yang bercelaru aku memaksa diriku untuk memandu. Pelbagai cara aku lakukan untuk menghilangkan mengantuk semasa memandu. Tapi tak efektif langsung. Perjalanan berbaki lebih kiurang 3 kilometer, aku tak dapat menahan rasa mengantuk ini, tanpa disedari mata ku mulai tertutup. Aku gagahkan kembali mata ku, terkejut bila mendapati kereta ku telah terbabas ke sisi jalan raya. Ah, ada papan tanda di hadapan, aku berusaha untuk mengawal kembali stereng kereta. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah, mulut tidak dapat berhenti dari mengucap lafaz yang mulia ini. Aku syukur pada Mu ya Allah. Peristiwa ini tak mungkin dilupakan.
Sign up here with your email
4 comments
Write commentsassalamu'alaikum...nampaknya misi menjulang sahsiah plaja muslim pOn sampai ke kepala batas gak >_< hehe...al-Irshad pOn ada wat kem pemantapan sahsiah 20-22 April lepas...
ReplySF1428H
Wa'alaikummussalam w.b.t....teruskn misi pemantapan sahsiah...i'allah suatu hari nnT Irsyad dan Maahad akn sama2 handle satu progm pemantapan sahsiah.
Replyassalamualaikum...
Replysesungguhnya kbs07 meninggalkan bnyk nostalgia..sejujurnya ana berterimakasih kpd muslimin kbs07 sbb mlalui antum ana blajar bnyk perkara...syukran...bg ana apa yg nta n sahabat lakukan adlh yg terbaik...klu nak buat smbngan pilih msa yg sume dpt bkmpl...mcm nta mklm sume ajk kbs07 dah bertebrn keplelusuk alam allah ni..wassalam barakallah alaika ma'a taufik wan najah..
waalaikummussalam
Replymmg btul byk kngan
ana ngn muslimin lain, sbm ni xrapat, alhamdulillah pas kbs smakin erat ukhwah.i'allah sesi kedua menyusul, tp xtau ble lg.
kami pun trimas gak, coz sudi ajak jd ad hoc.