#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Tips Takaful: Manfaat Penyumbang

Tips Takaful Pertama ialah Manfaat Penyumbang

Fungsi manfaat contributor ini adalah sebagai penyumbang kepada bayaran bulanan Takaful pemegang sijil sekiranya pemegang sijil mengalami kecacatan kekal atau menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.

Dalam bahasa mudah, pelan Takaful pemegang sijil yang menghidap penyakit kanser atau mengalami kecacatan kekal (tidak mampu bekerja) akan menjadi percuma sehingga tamat tempoh pelannya pada umur 70 tahun atau 80 bergantung kepada pelan yang dipilih.

Kemalangan yang tidak berbau

Majoriti di luar sana tidak memilih pelan Takaful yang memiliki manfaat ini semata-mata untuk menjimatkan kos. Sebenarnya ini bukanlah cara yang bijak untuk mengurangkan kos bulanan Takaful. Dalam panduan seterusnya, saya akan terangkan beberapa langkah yang lebih baik untuk mengurangkan jumlah bayaran bulanan plean Takaful anda.

Bayangkan situasi ini:

Suatu hari anda disahkan menghidap penyakit kritikal atau anda terlibat dalam kemalangan dan lumpuh. Dalam dua keadaan ini, anda akan kehilangan pekerjaan kerana tidak lagi mampu melakukan tugas di tempat kerja.

Apa yang berlaku sekiranya anda tidak mengambil manfaat ini? Anda mula mengeluarkan simpanan bulanan untuk membayar kos Takaful. Kalau anda pilih untuk tidak membayarnya dan membatalkan polisi, anda terpaksa menanggung bil perubatan yang mencecah ribuan ringgit. 

Sumber:
Ariff Shah


Dapatkan Khidmat Perunding Takaful Anda
Wan Mohamad Rasyadan
HP: 013-3440625 (call/whatsapp)
Emel: mrasyadan@yahoo.com
Previous
Next Post »