#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Istiqamahkah Kita?

Pernah seorang naqib bertanya soalan, ‘Apakah beza antara Mulazamah dengan Istiqamah?’. Aku tidak dapat membezakannya, secara kefahamanku ia benda yang sama. Tapi naqib itu menjelaskan, Mulazamah itu hanya sekadar melazimi tetapi Istiqamah itu lebih besar kerana melibatkan usaha dan desakan untuk membangunkan sesuatu. Sungguh besar nilai istiqamah.

Saya tertarik dengan ayat 30 surah Fussilat, iaitu kelebihan orang yang istiqamah dalam jalan dakwah serta ada pengkhabaran gembira buat mereka. Sheikh Wahbah az-Zuhaili dan Baba Salleh pernah memberikan taujihat kepada DS Anwar Ibrahim ketika beliau berhadapan isu qazaf dengan menggunakan ayat ini. Tuan Guru Haron Din juga menceritakan kelebihan ‘bersahabat’ dengan malaikat sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat ini.


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa: "Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Menurut Imam Ibn Kathir:
Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqamah)”
Iaitu, memurnikan amal untuk Allah dan beramal kerana taat kepada Allah taala atas apa yang telah disyariatkan-Nya kepada mereka

Diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya dan an-Nasa’i dari hadis Hisyam B Urwah dari ayahnya, bahawa Sufian B Abdillah as-Tsaqafi berkata: “Aku berkata: Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku dalam ajaran Islam ini suatu perkataan yang membuatku tidak bertanya kepada seorang pun sesudahmu, Rasulullah bersabda. “Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah”

Firman Allah ‘Maka malaikat akan turun kepada mereka’. “Mujahid, as-Suddi, Zaid B Aslam dan anaknya berkata: “Yakni, ketika datang kematian, para malaikat itu mengatakan “Janganlah kamu merasa takut”
Mujahid, Ikrimah dan Zaid B Aslam berkata “Iaitu dari perkara akhirat yang kalian hadapi”. “Dan janganlah kamu merasa sedih”
atas perkara dunia yang kalian tinggalkan, berupa anak, keluarga, harta atau hutang. Kerana sesungguhnya kami akan menggantikan hal itu untuk kalian.

“Dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu” lalu mereka diberikan khabar gembira dengan hilangnya keburukan dan tercapainya kebaikan.

Firman Allah ”dan bergembirlah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.
‘iaitu, Allah memberikan keamanan dari rasa takut dan menyejukkan pandangan matanya. Tidak ada satu pun peristiwa besar yang ditakuti manusia pada hari kiamat, kecuali hal itu bagi seorang mukmin merupakan suatu penyejuk jiwa, kerana hidayah yang telah diberikan allah kepadanya, juga kerana amal yang dilakukannya di dunia.


Menurut As-Syahid Syed Qutb:
Dengan tugas dan hakikatnya yang sebenar, iaitu istiqamah di dalam hati dan di dalam segala perilaku kehidupan dan sabar menjunjung tugas-tugasnya adalah satu perkara yang amat besar dan sukar. Oleh sebab itulah, ia berhak mendapat pengurniaan yang amat besar dari Allah iaitu pengurniaan nikmat bersahabat mesra dengan para malaikat. Inillah persahabatan yang jelas mengikut apa yang diceritakan Allah mengenai para malaikat yang berkata kepada orang-orang mukmin yang menjadi sahabat mereka:

“...Janganlah kamu takut...”

Kemudian malaikat-malaikat itu menggambarkan syurga yang dijanjikan kepada mereka itu dengan gambaran seorang sahabat kepada seorang sahabat, iaitu gambaran yang menggembirakan mereka iaitu kamu akan memperolehi apa sahaja yang diidam dan dipinta kamu.


Pengalaman hidup Pak HAMKA tentang ISTIQAMAH

Di dalam 12 hari bulan Ramadhan 1383 penulis ditangkap oleh polis dari rumah. Penulis sendiri dipisahkan dari anak-anak, cucu cucu dan isteri, lalu diasingkan ke dalam sebuah rumah tahanan yang memang telah disediakan buat menahanku. Tidurlah seorang diri di sebuah kamar terpencil. Dijaga oleh polis yang jauh tempat duduknya. Tetapi saya merasa hairan, kerana apabila saya ingin tidur, saya rasa ada orang yang tidur di tempat tidur kosong di sampingku. Sampai tertidur dan sampai terbangun kembali untuk makan sahur, orang itu masih tetap ada menemaniku. Saya merasa saya ditemani. Begitulah terus menerus selama dalam tahanan, 2 tahun 4 bulan lamanya. Sehingga saya tidak pernah berasa sepi.

Setelah 8 bulan dalam tahanan, saya mengalami sakit agak parah, iaitu dysentri. Pihak penguasa yang menahan saya segera memindahkan saya ke rumah sakit “Persahabatan” iaitu hadiah Rusia kepada Republik Indonesia. Saya diberi kamar Kelas 1, ditahan sambil diubati atau berubat sambil menjalani tahanan.
Saya dijaga ketat. Tetapi penjagaan ketat itu berlaku tidak sampai sebulan. Sesudah itu sampai saya keluar dari tahanan 15 bulan kemudian, polis yang menjaga saya hanya datang sebentar sahaja, sesudah itu dia pergi. Kalau saya orang yang berjiwa jahat, biar saja saya lari kerana tidak dijaga.
Setelah sebulan dalam tahanan itu salah seorang gadis jururwat yang datang memeriksa kesihatan saya kira-kira jam 9 malam menceritakan bahawa di luar kamar saya tidak ada polis yang menjaga lagi sehingga kami jururawat banyak yang takut datang ke kamar bapak malam hari.
Mengapa takut? Apakah kalian ragu-ragu kepada saya, orang tua ini. Kerja saya sebelum tidur hanya membaca al-quran
“Bukan itu bapak, jangan bapak salah faham. Polis yang menjaga bapak itu mengatakan kepada kami beberapa hari yang lalu bahawa mereka tidak berani lagi pergi mengawal kamar sakit bapak di luar. Kerana ketika mereka datang didapatinya ada orang yang duduk di bangku tempat mereka biasa duduk. Orang itu berbaju putih, berserban. Melihat wajah orang itu hilang saja keberanian polis itu mendekati kamar bapak. Sejak itu bapak jarang dijaga di watu malam. Kalau ada polis yang datang menjaga, dia duduk bersama-sama pengawal keamanan rumah sakit, jauh di luar sana.

Itulah beberapa pengalaman saya. Saya tidaklah berani memastikan adakah itu malaikat yang merupakan diri saya. Cuma memohon bahawa semuanya itu adalah kawan yang baik belaka. Dan tidaklah mereka itu pernah membisikkan bisikan yang jahat ke dalam hati atau telinga saya. Cuma yang saya rasakan ialah bahawa saya tidak merasa takut bahaya apa yang akan menimpa saya, sebab saya yakin bahawa yang saya perjuangkan selama ini tidak lain hanyalah agama Allah, sekadar tenaga yang ada pada saya. Dan saya tidak merasakan dukacita tercerai terpisah jauh dengan anak dan isteri, sebab saya percaya bahawa tuhan akan melindungi mereka.

Muhasabah

Bila memikirkan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling, saya mula terfikir kehebatan manusia yang istiqamah. Saya tidak risau orang yang diuji itu, tetapi saya cukup risau diri orang yang belum diuji sehebat manusia 'istiqamah' lain. Risau tak mampu untuk memikulnya. Peristiwa Khabbab B Arats ketika berjumpa nabi untuk meminta pertolongan, tapi nabi nasihat supaya bersabar. Beliau bersabar dan istiqamah dalam perjuangan sehingga beliau mencapai ‘cita-cita tertingga pejuang islam’ iaitu mati syahid. Begitu juga kisah keluarga Yasir, yang diseksa sehingga syahid. Begitu banyak kisah-kisah pejuang islam yang menemui syahid, formulanya ialah ISTIQAMAH

Latest
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Shintech
AUTHOR
Sun Nov 28, 07:36:00 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Wed Nov 23, 02:37:00 PM delete

Loved rreading this thank you

Reply
avatar