#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Roti Bakar Kacang Panggang Telur


Santai: Roti Bakar, Kacang Panggang & Telur Separuh Masak

Minggu lepas, isteri saya hadiri kursus Kelas Pemasaran Jutawan Shaklee di Faizworld Training Centre, Bangi. Sebelum ke kursus, kami makan tengahari (light meals) di Bangi Kopitiam (depan Masjid al-Hasanah) sebelum Solat Jumaat.

Kami order menu yang simple dan murah. Milo Ais & Roti Bakar Telur Separuh Masak. Tengok harga termasuk tax RM10. Fuuhhh. Kalau makan di Ayunnie Seafood (Restoran yang saya boleh bagi 4 bintang makanannya, tapi kebersihan tu tutup sebelah mata..huhu) Tomyam untuk 2 orang makan pun tak sampai RM10. Biasa la, kadang-kadang kopitiam atau restoran mewah ini bukan untuk makan sangat, tapi lebih kepada lifestyle. Macam iklan McD,Starbuck dan lain-lain.

Nilai Kalori & Nutrien

Bila balik rumah, baru terfikir. Daripada ‘buang’ duit untuk makanan yang murah tapi dengan harga mahal, baik buat di rumah sahaja. 

Jadi, isteri saya buatkan dan modified sedikit, 2 keping Roti Bijirin Penuh + Kacang Panggang + Telur Separuh Masak. Bukan sekadar jimat malah lebih hygiene dan lebih berkhasiat. Tambahan pula, makanan ini sangat bagus terutama untuk ibu hamil sesuai untuk isteri saya dan anak dalam kandungan.

Tulis banyak-banyak tanpa fakta tak berguna juga. Zaman sekarang zaman orang mencari keabsahan (authentic) dan rujukan maklumat. Bukan semborono bagi maklumat. Nah, ini dia maklumat:


Nilai Kalori
1 biji telur ayam (55g) bersamaan 70 kcal
½  cawan kacang panggang dalam tin (120g) bersamaan 97 kcal
2 keping roti bijirin penuh (60g) bersamaan 140 kcal
Sumber: Panduan Penyajian Hidangan Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Nilai Nutrien
Makan kacang panggang, yang penuh dengan tiamina, pada roti mil penuh bakar atau roti bijirin bakar. Serat dalam makanan snek ini akan membantu mencegah sembelit dan memantapkan tahap tenaga anda sepanjang hari. (www.babycenter.com)

Supplement

Sejak akhir-akhir ini (trimester ketiga) saya mula prihatin sedikit tentang pemakanan untuk isteri saya. Awal-awal dulu, bukan tidak prihatin. Cuma tahapnya sederhana. Sekarang semakin tinggi dan kuat. Tambahan pula bidang saya adalah makanan (Food Biotechnology). Pernah berkhidmat sebagai Food Technologist KKM dan pernah jalani latihan di Kilang Pemprosesan Supplement serta mengurus 2 buah page facebook tentang makanan iaitu Usrah Fiqh Makanan & You Are What You Eat.

Saranan saya kepada suami khususnya bakal ayah. Wajib sokong dan bantu isteri yang hamil. Bukan sekadar hal berkaitan kerja rumah, tapi kena jaga juga emosi, ibadat dan pemakanan isteri. Saya memang selalu buka laman-laman web yang banyak info tentang pemakanan ibu hamil seperti www.babycenter. Sangat bagus dan membantu.

Kerja saya tidak lah terlalu sukar untuk jaga pemakanan isteri saya. Isteri saya Pengedar Sah Shaklee (SID 1034684, call @ whatsapp 014-8281356). Bab pemakanan supplement memang dia jaga betul-betul sejak sebelum kahwin hingga sekarang. Mungkin ada orang yang anti-spplement. Saya pun akui, dulu saya tak gemar makan supplement (tapi bukan anti supplement) sebab saya jenis susah makan ubat dan supplement. 

Isteri saya paling gemar Energizing Soy Protein (ESP). Walaupun pada awal kehamilan dia kerap Morning Sickness, tapi lama-lama kelamaan semakin baik. Setiap orang ada makanan yang disukai dan makanan yang kurang digemari. Tapi nutrien untuk badan amat diperlukan. Kaedah pengambilan bergantung kepada selera dan kemampuan tubuh.



Sekadar ini sahaja perkongsian. Korang boleh cuba di rumah. Maaf gambar lupa nak ambil. Terpaksa ambil di google image je. 
Previous
Next Post »