#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Era IT bersama IT

Ketika manusia sibuk berlumba-lumba mengejar IT supaya tidak dilabel seperti katak di bawah tempurung, sehingga mereka lupa akan IT yang satu lagi. Dua akronim yang sama yang dinyatakan di atas membawa dua erti yang berlainan tetapi ia amat berkait rapat.
' Era IT ( Information Technology ) bersama IT ( Iman Taqwa ) '.
" orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. " At-Taubah - 20

IT sebagai metode dakwah
Untuk mempromosi islam, para pendakwah perlu perseptif milieu pada sesebuah lokasi dakwah. Hal ini penting supaya dakwah itu efektif. Ketika manusia sibuk mempelajari IT, maka institusi dakwah perlu melahirkan ' Cyber Daei ' ( CD ). Apabila manusia menggunakan IT tanpa batasan, CD akan memainkan peranan mereka. Ironinya ketika produk islam ingin disebarkan, maka kita dengan sendirinya mempersempitkan ruang lingkup perlaksanaan dakwah itu sendiri.
" Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. " An-Nahl - 125
1) Magnet
- CD akan menggunakan aplikasi IT untuk menarik minat manusia seperti menyebarkan risalah berbentuk presentation. Risalah berbentuk ini amat efektif dan seolah-olah mempunyai magnet untuk menarik minat mad'u
2) Ekspress
- Kehidupan di zaman globalisasi menuntut setiap manusia pantas dalam melaksanakan sesuatu tugas. Jadi tugas dakwah juga perlu pantas seiring dengan tuntutan zaman. Dakwah melalui IT lebih menjimatkan masa dan ruang waktu. Kerana untuk menyebarkan risalah dakwah kepada beribu-ribu manusia di seluruh pelusok dunia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
3) Islamisasi
- Menurut statistik yang dilakukan oleh Forbes, laman sahabat maya mendapat sambutan yang menghangatkan di seluruh dunia. Facebook menduduki carta teratas sebagai laman yang popular diikuti oleh Myspace seterusnya Friendster. Tapi bagi penduduk Malaysia, Friendster lebih diminati, mungkin kerana mereka belum didedahkan lagi dengan Facebook. Peluang ini patut direbut oleh setiap CD untuk menyebarkan produk dakwah, tak kira melalui message, announcement, groups, fan mahupun e-mail dll. Laman sembang seperti yahoo messenger, msn messenger, skype dll boleh digunakan sebagai medium dakwah.

Cabaran bagi pengguna IT
Perlu diingatkan jika dengan IT dakwah dapat disebarkan dengan efektif dan ekspress maka 'virus' juga begitu
1) Virus aqidah
- Sejak sekian lama pihak mubaligh kristian bergiat aktif menyebarkan dakyah mereka di internet, mereka membina laman web, blog, yahoogroups dll. Saya juga pernah mendapat invitation bagi menyertai yahoogroups kristian sedikit masa dahulu. Saya juga pernah melawat satu blog seorang kristian di Indonesia yang amat menyintai Jesus sehingga dia menyatakan dalam shoutbox blog saya ' Jesus Is The Truth'.
" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." Al-Baqarah 120

2) Virus sosial
- Yang membimbangkan adalah apabila pengguna IT tidak mampu mengawal diri lantaran kurangnya IT dalam diri. Banyak kes rogol, penzinaan berlaku berpunca daripada perkenalan di alam maya. Kerana sudah bosan berkenalan di alam maya, maka mereka memutuskan untuk berjumpa di alam realiti. Hal ini amat membimbangkan kerana fungsi IT disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan tak mustahil persepsi negatif segelintir masyarakat akan timbul terhadap IT
Al-Faqiru ilallah :
Al-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
31/05/08
16:34
Previous
Next Post »