Raja diibaratkan sebagai kuasa utama dalam sebuah wilayah pemerintahan. Jika diimbas sejarah dahulu, raja merupakan orang yang terpenting ( berkuasa ) dalam sesebuah negara, tidak kira negara islam mahupun negara bukan islam. Mungkin corak pemerintahan zaman sekarang yang banyak melibatkan penglibatan parti politik dalam urusan pentadbiran negara, kini peranan raja kurang kelihatan dalam urusan pemerintahan.
Seorang raja perlulah menjadi ikon agamawan, politikus, ekonomis, intelektual bagi rakyat. Seorang raja juga mestilah mempunyai ilmu agama yang mantap supaya memahami urusan negara berlandaskan islam dan tidak mengeluarkan pernyataan yang boleh mnggugat status sebagai ketua agama di sesebuah negara.
Daya intelektual yang tinggi juga perlu ada dalam diri seorang raja, supaya tidak menjadi boneka kepada politikus yang suka mengambil kesempatan. Raja juga seharusnya menjauhi dari sikap kegilaan kepada harta benda sehingga lalai dari urusan pentadbiran.
Ini adalah komentar saya berkaitan dengan raja berdasarkan senario sekarang. Di negara-negara luar, keluarga diraja dianggap sebagai simbol kemewahan dan kehidupan berfoya-foya. Krisis-krisis yang dialami oleh keluarga diraja juga amat dahsyat. Skandal seks, perebutan harta, cinta terlarang dan sebagainya.
Seeloknya marilah kita mengambil ibrah dari kisah raja-raja dahulu yang beriman. Jika dibuka lembaran-lembaran buku kisah pejuang-pejuang islam dahulu, amat jarang sekali kita menjumpai kisah seorang raja yang alim, warak dan berwibawa. Ada, tapi amat sedikit.
Siapakah Nuruddin Az-Zinki?
Raja yang baik adalah tonggak kesejahteraan negara. Bukan sekadar keadilan yang menjadi teras tapi keimanan yang memandu pemerintahan
“Nuruddin adalah raja yang adil dan soleh, sentiasa bersedia menuruti peraturan syari’ah serta menjadi penaung kepada para ulama’ yang pemurah. Beliau amat mengambil berat tentang jihad serta memperbelanjakan pendapatannya ke atas institusi agama dan kebajikan kaum fakir miskin. Beliau juga telah mendirikan pusat-pusat pendidikan di semua kota-kota penting di Syria” - Ibnu Khallikan
“Seluruh yang saya baca tentang raja, baik pada masa penggal pra Islam dan pada masa Islam hingga sekarang, saya tidak pernah melihat seorang raja yang lebih adil dan baik kepada rakyat bawahannya setelah Khulafa’ Ar-Rasyidin dan Umar bin Abdul Aziz yang punya sejarah baik dari Nuruddin, raja yang adil.” - Ibnu Kathir
Baginda dilahirkan setelah 20 tahun kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan pihak salib iaitu pada 17 Syawal bersamaan Februari 1118.
Kewibawaan baginda dalam mentadbir negara sehingga negara Az-Zinkiyyah menjadi “Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur”. Baginda banyak berdiskusi soal ilmu, agama dan jihad dalam majlis-majlis baginda. Kedudukan baginda sebagai seorang raja tidak menjadikan baginda angkuh dan sombong, malah baginda menjadi lebih warak. Baginda amat menghormati ulama dan juga menghargai peranan mereka dalam urusan negara.
Menurut baginda:
”Para ulama’ adalah tentera Allah dan dengan doa mereka kepada Allah kita akan dimenangkan melawan musuh. Mereka punya hak yang berlipat ganda di Baitul Mal yang tidak saya berikan, kalau mereka rela dengan apa yang kita lakukan atas sebahagian hak mereka, maka itu adalah pemberian bagi kita”.
Sungguh hebat gaya kepimpinan seorang raja yang mempunyai karakter Religiously Charismatic. Gabungan antara kepimpinan ulama dan berkarisma tinggi menghasilkan produk yang sangat baik, antaranya lahir seorang orang bawahan yang cukup hebat iaitu Salahuddin Al-Ayubi.
Para pengkaji sejarah pada zaman dahulu tidak mencatat segala perancangan Az-Zinki secara detil. Sekurang-kurangnya terdapat enam perkara dalam gerakan-gerakan yang sangat menonjol semasa pemerintahan Nuruddin antara lain ialah:
1) Melahirkan bangsa Islam dan membersihkan kehidupan agama dan budaya dari pemikiran yang sesat
a) Sistem syura yang dianggotai oleh pemimpin dan ulama
b) Sentiasa bermesyuarat. Beliau mempunyai majlis Fuqaha yang dianggotai oleh ulama dari pelbagai mazhab dan aliran sufi
c) Mendahulukan maslahat umum dari maslahat khusus
d) Serius melaksanakan tugas
4) 4) Menyemarakkan kehidupan ekonomi dan membangunkan pelbagai kemudahan umum
5) 5) Membangunkan pertahanan tentera dan mendirikan industri senjata
6) 6) Menyatukan negeri-negeri kecil di syam, mesir dan jazirah arab
Kemuncak era kepimpinan Nuruddin adalah pada 1173 Masihi bersamaan 569 Hijrah. Nuruddin bersiap sedia untuk melancarkan serangan terakhir ke Baitul Maqdis dan membebaskan tanah tempat israknya Rasulullah SAW dari cengkaman Salib. Maka untuk itu, beliau telah menyiapkan satu mimbar baru yang cantik sekali yang diperuntukkan penggunaanya di Masjidil Aqsa kelak setelah umat Islam berjaya menakluki al-Aqsa. Beliau mengutus surat kepada orang bawahannya di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi namun kewafatan terlalu cepat menjemputnya.
Baginda wafat pada 15 Mei 1174 bersamaan 11 Syawal 570 H. Beliau amat bertuah kerana diberi nikmat oleh Allah taala berupa mimpi berjumpa Rasulullah. Dalam mimpi beliau, beliau diberi peringatan oleh rasulullah tentang perancangan kuffar yang ingin menggali maqam nabi. Kisah itu amat mengujakan. Itulah kurniaan Allah kepada hambanya yang bertaqwa.
Sign up here with your email
3 comments
Write commentsperkongsian yg amt berguna..semoga trus dbrikn kekuatn utk mnulis..amin
Replymohd hazwan:
Replysyukran, kdgkala sifat malas u menulis n kurg ilmu merencatkn keghairahan u menulis
sakinah:
sy teringin menulis tntg sultan nuruddin krn kisah bgnda jrg kita dgr. kisah hdup bgnda sgt baik. boleh rujuk kitab kebngkitan generasi salahuddin dan kembalinya alaqsa ke pangkuan islam karangan dr majid irsan kailani ( boleh dibeli d pustaka fajar ). dan boleh rujuk byk lg kitab2 sejarah. Zaman bgnda dikenali sbg negara az-zinkiyah
cubaan 2 org yahudi yg cuba m'bngkar maqam nabi, akhirnya b'jaya dipatahkan o raja nuruddin. bgnda m'dpt isyarat melalui mimpi ( nabi meminta raja nuruddin membantu nabi ).
Reply