#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Harvard Kaya Tetapi Hilang Nyawa

Universiti memainkan peranan penting dalam merencana agenda pembentukan ummah. Kegemilangan sesebuah universiti bukan bergantung kepada bilangan siswazah yang berjaya dikeluarkan dan bukan juga dinilai dari sudut pembangunan material. Tetapi diukur melalui ketinggian nilai intelektual dan kerancakan pembangunan sahsiah bagi seluruh warga universiti.

Jika diamati frasa bahasa latin, iaitu universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud " masyarakat pakar dan pengkaji ". Frasa ini cukup jelas menggambarkan kepada kita tugas sebuah universiti amat penting dan juga berat. Adakah warga universiti bersetuju?





Apabila konsep materialistik mula menyerap masuk ke dalam minda manusia, fungsi asas sesebuah unieversiti mula terhakis ditambah pula dengan dasar-dasar sosialis yang menyebabkan golongan pentadbiran rakus mengejar kekayaan. Sesuatu organisma @ bukan organisma dihormati atas dasar identiti tertentu. Sebuah universiti seharusnya mempunyai identiti tersendiri. 

Saya tertarik dengan krisis yang berlaku kepada Universiti Harvard (antara universiti idaman manusia jagat). Krisisnya sudah lama berlaku cuma semakin hangat apabila Naib Canselor Harvard ( Lawrence Summer ) meletak jawatan. Tujuan Summer dilantik sebagai NC adalah untuk meningkatkan dana Harvard. Rudenstine (NC sebelum Summer) yang berlatarbelakangkan intelektual dalam bidang puisi telah mencipta rekod dalam sejarah institusi itu dari segi kutipan sumbangan kewangan awam. 


Sehingga kini Harvard memiliki tabung bernilai AS$90 bilion. Kata mereka Rudenstine telah menukarkan peranan NC Harvard daripada ketua institusi akademik kepada `ketua pengutip derma sepenuh masa'. Summer digelar sebagai manusia yang bijak kerana beliau adalah salah seorang yang berjaya memulihkan ekonomi dunia pada masa dulu.


Summer dipaksa meletakkan jawatan kerana dasar beliau yang amat tidak disenangi oleh tenaga pengajar di Harvard iaitu:
  1. Harvard mesti menarik pelajar terbaik daripada seluruh dunia dengan cara pertama, pelajar paling berkebolehan di dunia yang pendapatan keluarga kurang daripada AS$40,000 setahun boleh datang belajar di Harvard tanpa satu sen pun dibiayai oleh keluarga. Harvard mesti menjamin adanya sumber pembiayaan.
  2. Harvard hendaklah mengaturkan supaya pelajar terbaik dari mana-mana jua negara di dunia boleh membuat pinjaman untuk membiayai pengajiannya di Harvard dengan kadar faedah di bawah daripada kadar pasaran semasa.
  3. Harvard mewujudkan Presidential Scholars bagi menyediakan geran membiayai pelajar luar negara yang mengikuti pengajian pascasiswazah dalam bidang pengajian berkaitan perkhidmatan.
  4. Bekerjasama dengan kerajaan Mexico untuk membiayai pelajar-pelajar Mexico yang membuat Ph.D di Harvard.
Semua dasar Summer itu memerlukan usaha keras mencari kewangan. 


Summer mengajak seluruh masyarakat Harvard supaya mempunyai sasaran yang sangat jelas iaitu bekerja keras supaya kos pengajian di Harvard tidak akan menghalang mana-mana pelajar dari pelosok dunia untuk datang ke universiti itu untuk belajar bagi memenuhi maksud yang dinyatakan.


Pertembungan ideologi antara dua kumpulan - golongan `pemurni' akademik dengan golongan utilitarian (golongan yang berpegang kepada asas sesuatu perkara dapat dinilai baik atau buruk berdasarkan kepada kesannya). 

Keagungan Harvard pada kaca mata Harvard ialah apabila lepasan Harvard wujud secara fizikal mengetuai dunia di mana-mana jua mereka berada. Oleh itu Harvard mesti mencari dan membiayai calon-calon itu. Kaca mata golongan `pemurni' pula menganggap keagungan Harvard terletak kepada bergemerlapannya cahaya akademiknya sehingga orang dari seluruh dunia akan berliur untuk datang sendiri mencari sesuatu di sana.

Sehingga ramai mengatakan bahawa Harvard Kaya Tetapi Hilang Nyawa. Walaupun sekarang Harvard masih mampu mempertahankan kedududkan sebagai universiti cemerlang tetapi dari sudut diskusi berkenaan dengan sahsiah dan kerohanian semakin kurang kerana fokus Harvard  telah dipesongkan.




Krisis identiti sebegini bukan sahaja berlaku kepada universiti negara luar. Di Malaysia juga krirsis identiti juga berlaku. Saya mengambil contoh universiti yang berlabelkan islam. Perkara utama yang perlu difahami oleh golongan pentadbiran bagi universiti islam ialah memahami dasar islam itu sendiri. Banyak dilihat sekarang ialah sebuah universiti islam yang cuba 'lari' dari sifat konservatif sehingga menghakis dasar-dasar sebenar universiti.

Berpegang atas slogan kemajuan dan keterbukaan sehingga merubah perspektif manusia terhadap universiti islam. Hal ini tidak tumpu kepada universiti islam semata-mata, malah turut menyentuh universiti yang masih mengamalkan budaya 'kesopanan' dan keluhuran.

Merubah identiti sebuah universiti bermaksud merubah identiti mahasiswa. Corak pemikiran, kepimpinan dan intelektual bagi bakal pemimpin masa akan datang juga telah diubah.  


artikel ini diulas hasil suntingan dari tulisan Nordin Kardi
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
wordsoflife
AUTHOR
Fri Aug 03, 07:20:00 AM delete

Assalamualaikum..
Pernah baca buku Excellence Without a Soul: Does Liberal Education Have a Future?
Karangan Harry R Lewis , former dean Harvard College..
turut membicarakan masalah yg berlaku di universiti ini khusunya, dan di dunia umumnya..
ana masih belum sempat utk menamatkan pembacaan.
p/s: boleh didapati di library USIM.. :)

Reply
avatar
Rushdunk
AUTHOR
Sat Aug 04, 09:42:00 AM delete

waalaikummussalam wbt

belum akhi, ye betul bila Univ dijadikan sbg satu Biz, ia akan terjerumus dlm konflik kualiti

Reply
avatar