#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Anak-anak Muda Berjiwa Besar ( Bhg 1 )


Al-Fateh Sang Raja Yang Berwibawa

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."
Sebenarnya saya tidak mahu menulis artikel berkaitan Al-Fateh kerana sudah banyak kisah beliau ditulis samada dalam bentuk cetakan atau digital. Sekadar sekilas pandang. Baru-baru ini saya sempat menayangkan video lagu Al-Fateh dalam bilik kuliah selepas kuliah aqidah ( syukran rijal82 production ). Sungguh mengagumkan, dan juga rasa terpelak dek kerana imanku yang nipis ini. Kenapa Al-Fateh dipilih sebagai pembuka konstantinopel? Sama-sama kita muhasabah diri kita. Ketajaman akal dalam teknik berperang, ketulusan hati sebagai seorang hamba memungkinkan kemenangan berpihak kepada beliau. Menjadikan bukit sebagai lautan melayarkan 70 buah kapal itu sangat menakjubkan, tetapi yang lebih menakjubkan adalah sejak dari baligh sehingga berjaya menawan konstantinopel beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Hina rasa diri ini
Mus’ab B Umair Mengorbankan Kemewahan Dunia
Kekayaan, kemewahan yang beliau kecapi pada masa dahulu tidak sedikitpun membuatkan hati beliau menyesal bersama-sama Rasulullah dalam medan jihad. Beliau dihalau oleh keluarga kerana keimanannya. Jika sebelum islam beliau sentiasa memakai pakaian mewah tetapi selepas mengakui aqidah yang sahih, hanya pakaian using membaluti tubuh beliau. Itulah Mus’ab B Umair. Pemuda yang meninggalkan keseronokan, kemewahan duniawi semata-mata mengejar akhirat. Yang amat menyedihkan ketika beliau mati syahid, kain kapan yang membaluti jasadnya sangat terbatas, sehingga apabilai ditarik ke bawah, bahagian atas akan terdedah dan begitulah sebaliknya.


Abdullah B Zubair Taat Kepada Perintah Nabi
Mempunyai bapa yang soleh Zubair Al-Awwam, salah seorang daripada sahabat-sahabat baginda Nabi SAW yang dijamin masuk syurga. Ibunya pula adalah puteri Saidina Abu Bakar, Asma’ Abu Bakar. Tarbiyah yang beliau peroleh dari kedua ibubapanya mendorong beliau menjadi mujahid agung
Satu kisah ketika beliau kecil
Ketika beliau sedang bermain-main dengan rakan-rakannya. Tiba-tiba muncul Saidina Umar melalui kawasan permainan beliau. Rakan-rakan yang lain semua melarikan diri kerana takut kepada Saidina Umar, beliau hanya tercegat di situ. Saidina Umar terkejut lalu bertanya kepadanya “ Kenapa kamu tidak melarikan diri seperti rakan-rakanmu yang lain “. Jawab Ibnu Zubair “ Kenapa aku perlu takut kepadamu sedangkan aku tidak membuat kesalahan “. Saidina Umar kagum terhadap anak muda tersebut lalu bertanya nama ibu dan ayahnya. Patutlah anak itu berani, kerana ibu dan ayahnya bukan calang-calang orang.


Keteguhanmu Dikagumi Wahai Ammar
Keluarga Yasir ( Yasir, Sumayyah dan Amar ) diseksa oleh tuannya lantaran keimanan mereka. Dipaksa, dikeji, dipukul saban waktu untuk menggugurkan aqidah yang telah terikat dalam hati mereka. Kisah menyayat hati mereka berakhir dengan Yasir dan Sumayyah syahid mempertahankan aqidah yang tulen. Tinggallah Ammar yang ketakutan. Beliau diseksa dan dipaksa, Sang algojo berkata “ Jika kamu tidak mahu diseksa seperti ibubapamu, aku bagi pilihan untuk kamu melepaskan diri, sama ada kamu mencaci Muhammad ( nabi Muhammad SAW ) atau kamu menyebut salah satu nama berhala “. Kerana ketakutan yang melampau dan juga kesedihan melihat ibu dan ayahnya dibunuh. Beliau memilih menyebut nama berhala. “ Lattaa…”. Lantas beliau dibebaskan. Beliau segera berjumpa rasulullah. Yang amat mengagumkan, beliau sedih dan takut bukan kerana kekejaman quraisy tapi kerana takut jikalau imannya terbatal kerana menyebut nama berhala. Hatinya masih lagi suci dengan iman yang utuh.


Kehebatan Ghulam Mencetuskan Revolusi Kebangkitan Rakyat
Kisah yang diambil dari tafsir surah al-buruj ( dalam artikel saya yang terdahulu ). Kisah ghulam yang mencari kebenaran akhirnya syahid, syahidnya membuka pintu kebenaran kepada rakyat. Beliau dipaksa untuk keluar dari islam oleh seorang raja yang zalim. Kefahaman yang betul dan tujuan yang baik sudah cukup untuk membuktikan keimanan beliau. Kisah hidup beliau berakhir dengan panahan yang dimulai “ bismillahi rabbil ghulam “. Sejurus kematiannya, majoriti rakyat melakukan revolusi dalam mempertahankan kebenaran iman. Sang raja murka menitahkan supaya dibuat parit yang penuh dengan api. Sesiapa yang ingkar terjunlah dalam parit. Ramai yang terjun, sehingga seorang bayi berkata-kata memberi sokongan moral kepada ibunya. “ inilah jalan yang betul “. Lalu ibunya turut terjun.

Kisah Pemuda Beriman

" Sesungguhnya mereka adalah pemuda yang beriman dengan tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka hidayah "
Bilangan mereka terdapat khilaf. Tak usah berbicara akan khilaf itu. Cukuplah kita mengambil pengajaran dari kisah yang agung. Kisah pemuda yang hebat menghadapi pemerintah yang zalim sehingga Allah menampakkan kekuasaanNya. Mereka bukan tidur untuk dua atau tiga hari. Mereka selama ratusan tahun sehingga kerjaan zalim bertukar kepada kerjaan adil.
Andai aku tidur pada mala ini, adakah kerajaan islam yang tulen akan muncul
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
FdausAmad
AUTHOR
Sat Jun 13, 09:08:00 PM delete

Gua nak jemput lu dtg kenduri kt blog gua beb..
FOLLOW skali pun xpa kasi meriah..

gua nk kasi seimbang blog gua yang dah lebih ke belah kiri..

Reply
avatar