#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Kekangan Masa

-->
“ Maaf la aku sibuk sekarang ni, sorry ye”

“ Saya dah siapkan jadual peribadi saya, maaf la saya tak dapat join program awak, jadual padat”

“ Sorry,aku busy sekarang, banyak kerja kena buat”

“Maaf saya tak dapat luangkan masa untuk dengar kuliah di masjid, sibuk sekarang”

Sesetengah orang memandang kesibukan sebgai perkara negatif. Mungkin kerana mereka mahukan masa lapang yang banyak supaya mereka boleh bergembira.

Sesetengah orang pula memandang kesibukan sebagai perkara positif. Mungkin kerana kesibukan mereka terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Semua orang mempunyai persepsi yang berlainan.

Elemen penting yang wujud dalam kesibukan adalah MASA.

Setinggi mana manusia memandang kepentingan MASA?

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan merekapula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran – Surah Al-Asr

Ada manusia yang sanggup membuang masa melakukan perkara yang sia-sia. Lihat sahaja apabila ramai manusia sanggup menunggu berjam-jam untuk menyambut tahun baru dan merdeka. Sehingga syariat diketepikan

Adakah masa itu EMAS?
Adakah masa itu HARTA?
TIDAK
Masa adalah HAYAT kita

Kita manusia yang selalu bergelumang dengan noda, tidak memperuntukkan masa untuk beribadat. Sanggup memanipulasikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak beribadat.
Menjadikan kesibukan untuk tidak bermunajat pada pertengahan malam

Sibukkah kita?

Nabi S.A.W junjungan mulia yang diiktiraf oleh golongan kuffar sebagai pemimpin yang paling hebat sepanjang zaman. Walaupun sibuk dengan urusan Negara. Tetapi baginda ada masa untuk beribadat malah lebih banyak dari kita.

Kesibukan baginda tidak menghalang baginda dari bermesra dengan ahli keluarga.
Kesibukan baginda tidak pernah menghalang baginda dari bergaul dengan jiran tetangga
Kesibukan baginda tidak menghalang baginda dari menabur ilmu kepada umat
Kesibukan baginda tidak pernah menghalang baginda dari turut sama berjuang
Adakah kesibukan kita melebihi kesibukan Nabi? Sehingga kita sanggup mengetepikan ilmu agama untuk dipelajari kerana terlalu sibuk. Sehingga kita tidak ada masa untuk berjuang.

Bagaimana Imam Syafie hebat menguruskan masa beliau yang sibuk dengan ilmu tetapi tidak pernah lupakan tahajud. Sheikh Ahmad Yasin yang buta dan lumpuh walaupun sibuk dengan perjuangan untuk membebaskan palestin tetapi soal ibadat tidak diambil ringan.

Kesibukan di dunia bukan alasan untuk membuat persiapan ke akhirat
Previous
Next Post »