#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Siapakah lelaki acuan Al-Quran....

Lelaki acuan al-quranialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepadaAllah s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yangsentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan nafsu Lelaki acuan al-quran tutur katanya:
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan hartadunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang.
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki acuan al-quranmenghormati ibunya:
Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.
Yang akan mendidik anak mendalami agama islam.
Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan
kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat.
Lelaki acuan al-quran sentiasa bersedia untuk agamanya:
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan al-quran
tidak pernah membazirkan masa:
Yang matanyam kepenatan kerana kuat membaca.
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir.
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.

Lelaki acuan al-quran
sentiasa mengingati mati:
Yang baginya didunia adalah lading akhirat.
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki acuan al-Quranialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia..
Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah rumah impiannya..
Dialah lelaki acuan al-Quran."



muslimat jangan kecil hati....



amal_maahad@yahoogroups
rijal_mml@yahoogroups
mrasyadan@yahoo.com
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Tue Jul 11, 03:18:00 AM delete

Bismilahirahmanirahim...Assalamualaikum...pada pandangan ana,artikel d bawah ni menarik utk d hayati :)

Wahai Adam

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan
syaitan.

Wahai Adam

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang
Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai Adam

Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Wahai Adam

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, memerhati dan mengawasiku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah
menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Wahai Adam

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu,aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal,
kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai
orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini.

Wahai Adam

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad
SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam

Kau sebenarnya imam dan aku adalah
makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka
benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan
nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku
untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah
para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan
hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau
agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari...bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam... Dengarlahlah...keluhan hatiku buat dirimu...wahai ADAMku......

istiQamah mendepani cabaran ^^^ SF

Reply
avatar