#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

SEMINAR PERBANDINGAN AGAMA 2006...

Seminar perbandingan agama bukanlah untuk menghina agama-agama lain. Tapi untuk menyedarkan sesetengah umat islam tentang kesucian agama islam. Mungkin di institusi pengajian sama ada di sekolah atau di universiti, sukar bagi kita untuk mengetahui apakah sbnrnye agama hindu, kristian, budha dan bagaimanakah cara hidup yang perlu diamalkan oleh penganut-penganut agama tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sehubungan itu, pihak Badan Latihan dan Kepemimpinan Islam (BALKIS) Maahad Muhammadi Lelakil rasa terpanggil untuk mengadakan Seminar Perbanidngan Agama 2006. Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Zulkifli Kota Bharu. Penceramah bagi seminar tersebut ialah Bro Lim Jooi Soon yang tidak asing lagi dalam bidang ini. Beliau ialah pegawai dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA). Beliau pernah berguru dengan Ahmad Deedat yang memang terkenal dengan kehebatan berdebat dengan paderi-paderi kristian. Antara topik yang dibentangkan ialah Salah Tanggapan Dalam Islam, Hinduism, Asas Kepercayaan Kristian dan Cara Berdakwah. Bersama-sama beliau ialah Bro Kamarul Zaman B Noor Mohamed (JIM)
Walaupun mendapat tentangan yang berupa ugutan dari pihak yang tak bertanggungjawab untuk menganjurkan seminar tersebut. Tapi kami tidak sedikit pun gentar, malah lebih bersemangat. Ingatlah jika terdapat tentangan atau cabaran dalam melaksanakan gerak kerja islam, jangan gentar atau putus asa. Kerana dugaan seperti itu hanyalah sementara dan dapat ditembek (dimusnahkan) dengan semangat/jiwa islami.
Antara pengisian sepanjang seminar tersebut ialah kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust Zainudin Ismail dengan tajuk Jihad. Kuliah yang disampaikan oleh beliau telah menaikkan semangat syabab-syabab Maahad Muhammadi (Lelaki) untuk menegakkan syiar islam di bumi ini…….SECRETORism ®
Photobucket - Video and Image Hosting

Untuk mendapatkan kertas kerja Seminar Perbandingan Agama bolehlah menghubungi pengarah seminar ( Rasyadan : 019-9955154 ) atau emelkan kepada mrasyadan@yahoo.com . VCD seminar juga turut dijual
SILA BERIKAN PENDAPAT/KOMEN/CADANGAN MENGENAI SEMINAR TERSEBUT








Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
Sat Apr 14, 09:57:00 AM delete

wassalam...insyaallah
ini adh salah satu metode dakwah
jadi gunakan sebaik mungkin
syukran ya akhi

Reply
avatar